| TEUKU UMAR | Teuku Umar (1859–1899) ialah pahlawan Aceh, Indonesia . Dia pernah berbaik-baik dengan Belanda, namun dia mendapat kepercayaan kembali daripada rakyatnya untuk memimpin perjuangan melawan Belanda. Teuku Umar memegang jawatan Ketua Kampung Darat ketika berusia 17 tahun. Dia bertanggungjawab penuh atas segala urusan pentadbiran kampung. Pada tahun 1878, Teuku Umar berkahwin dengan Cut Nyak Dien, seorang pahlawan Wanita Aceh yang kemudian menjadi Pahlawan Nasional Indonesia. Mereka bersama-sama menjadi panglima perang Aceh yang menentang penjajah Belanda. | UMUM | |
| ‘ABDULLAH IBN UMAR | ‘Abdullah ibn Umar (10 S.H.–73 H./613 M.–692 M.), salah seorang daripada sahabat besar. Nama penuhnya ialah ‘Abdullah ibn Umar bin al-Khattab. Walau bagaimanapun, dia tidak berkesempatan untuk berperang dalam Perang Badar dan Uhud lantaran usianya yang masih kecil. Dia mula berjuang dalam Perang Khandaq dan dia ikut serta dalam kesemua perang bersama-sama Rasulullah SAW. Dia juga mempunyai hubungan yang rapat dengan Rasulullah SAW berikutan kedudukan bapanya dan kakaknya Hafsah sebagai Umm al-Mukminin. | UMUM | |
| HAFSAH BINT ‘UMAR AL-KHATTAB | | UMUM | |
| HIKAYAT UMAR UMAIYAH | HIKAYAT UMAR UMAIYAH, sastera hikayat berunsur Islam. Hikayat ini menampilkan seorang watak legenderis Islam, iaitu Umar Umaiyah al-Damri. | SASTERA | Karya |
| UMAR JUNUS | UMAR JUNUS (1934 - ), pengkaji dan pengkritik sastera Indonesia. Dia lahir pada 2 Mei 1934 di Silungkang, Sumatera Barat, Indonesia. Dia menerima pendidikan di Sekolah Rakyat hingga tahun 1947 sebelum melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Pertama (SMP) di Silungkang (1948-1950). Selepas itu, Umar Junus belajar pula di Sekolah Menengah Atras (SMA), Bukittinggi dan lulus pada tahun 1954. Kemudian dia meneruskan pengajiannya di Fakultas Sastera, Universitas Indonesia, Jakarta sehingga memperoleh ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1959. | SASTERA | Tokoh |
| KHALIFAH UMAR BIN AL-KHATTAB | Khalifah Umar bin al-Khattab (584 M–644 M), khalifah kedua dalam kalangan Khulafa’ al-Rasyidin selepas Sayidina Abu Bakar. | AGAMA | Tokoh |
| KHALIFAH UMAR BIN ABD AL- AZIZ | Khalifah Umar bin Abd al-Aziz (63 H-101 H/682 M-720 M), salah seorang khalifah Bani Umayyah yang dianggap satu-satunya pemimpin Islam yang setanding dengan pemerintah Khulafa’ al-Rasyidin. | AGAMA | Tokoh |
| UMAR KAYAM | UMAR KAYAM (1932- ), budayawan dan penulis Indonesia. Dia lahir pada 30 April 1932 di Ngawi, Jawa Tengah, Indonesia. Dia mendapat pendidikan tinggi di Universitas Gadjah Mada sebelum menyambung pada peringkat sarjana di New York dan pada peringkat Doktor Falsafah di Cornell (1965). Setelah menamatkan pengajiannya di Amerika Syarikat, dia kembali ke Indonesia dan menjadi Direktor Jenderal Radio, Televisi dan Film Departemen Penerangan Republik Indonesia (1966-1969). Dari tahun 1969 hingga tahun 1972, dia menjadi Ketua Dewan Kesenian Jakarta dan Rektor Lembaga Pendidikan Kesenian Jakarta. Dari tahun 1975 hingga tahun 1976, dia menjadi Direktor Pusat Latihan Ilmu-ilmu Sosial Universitas Hasanuddin. Kini, dia menjadi Kepala Pusat Penelitian Kebudayaan Universitas Gadjah Mada, dan Guru Besar di Fakultas Sastera di universiti tersebut. | SASTERA | Tokoh |
| TEUKU UMAR | TEUKU UMAR (1859 – 1899), pahlawan Aceh, Indonesia. Dia lahir di Meulaboh, sebuah kota di pinggir laut Samudera, Aceh, Indonesia. Ayahnya Datuk Songsong Buluh seorang tokoh Minangkabau yang merantau ke Meulaboh dan ibunya anak kepada Teuku Chiek Raha Meulaboh. Riwayat lain pula menjelaskan bahawa Teuku Omar adalah anak Mahmud, saudara Teuku Nanta Uleebalang, pejuang VI Mukim dari Aceh Besar. Menurut riwayat ini Mahmud merantau dan berkahwin di Meulaboh. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| AL-MADINI, ABU MUSA | Al-Madini, Abu Musa (501 H.–581 H./1107 M.– 1185 M.), pengarang kitab, Imam dan hafiz. Nama penuhnya ialah Abu Musa Muhammad ibn Abi Bakr Umar ibn Abi Isa Ahmad ibn Umar al-Madini al- Asbahani al-Shafi’i. Dia digelar sebagai Muhaddithin (Penghulu Para Ahli Hadith). | UMUM | |