MAHMUD II | Mahmud II (1199 H.–1255 H./1784 M.–1839 M.) ialah Sultan Mahmud II putera Sultan Abdul Hamid I, salah seorang sultan kerajaan Uthmaniyyah. Baginda lahir di Islambul (sekarang digunakan nama Istanbul) dan menduduki takhta pemerintahan selepas abangnya, Sultan Mustafa IV pada tahun 1223 H./1808 M. Namanya dikaitkan dengan gerakan pembaikan dalaman bagi menyusun semula kerajaan dan memerangi gerakan reformasi di Najd yang diketuai oleh Imam Muhammad ibn Saud dan Muhammad ibn ‘Abd al- Wahhab lebih-lebih lagi apabila gerakan ini mampu menggabungkan Hijaz dan Ahsa dalam Kerajaan Pertama Saudi. Namanya juga dikaitkan dengan penyusunan tentera Turki dan menukarkannya kepada sistem ketenteraan yang teratur. Usaha penyusunan tentera ini selesai pada tahun 1241 H./1825 M. | UMUM | |
ALBERT II | Albert II (1934– ), menjadi raja Belgium pada tahun 1993, apabila kemangkatan saudara lelaki baginda Badouin. | UMUM | |
EDWARD II | Edward II (1284–1327) ialah salah seorang daripada raja yang paling tidak berjaya dalam sejarah Inggeris. | UMUM | |
MARGRETHE II | Margrethe II (1940– ) ialah Ratu Denmark. Baginda mewarisi takhta ayahanda baginda, Frederik IX, pada tahun 1972. | UMUM | |
PETER II | Peter II (1923–1970) menjadi raja Yugoslavia pada tahun 1934 ketika berusia 11 tahun apabila bapanya, Raja Alexander, dibunuh. | UMUM | |
RAMSES II | Ramses II ialah Firaun (raja) Mesir yang memerintah dari tahun 1290 S.M. hingga tahun 1224 S.M. Ramses menaiki takhta semasa masih muda. | UMUM | |
ELIZABETH II | Elizabeth II (1926– ) ialah ratu United Kingdom dan ketua Negara-negara Komanwel. Baginda menjadi ratu pada usia 25 tahun selepas kemangkatan ayahandanya, George VI, pada 6 Februari 1952. | UMUM | |
KIM II SUNG | Kim II Sung (1912–1994), presiden Korea Utara dari tahun 1948 semasa negara itu mula ditubuhkan, hingga dia meninggal dunia pada tahun 1994. | UMUM | |
NICHOLAS II | Nicholas II (1010?–1061) dimahkotakan sebagai paus pada tahun 1059. Pemerintahannya terkenal kerana muktamar gereja Lateran tahun 1059, yang memperbaharui prosedur baru untuk memilih paus. Muktamar gereja menerbitkan dekri utama yang menyatakan bahawa biskop kardinal, pada hakikatnya akan mencadangkan seorang calon paus. Kemudian semua kardinal akan “memilih”, yang sebenarnya bermakna menerima, calon yang dicadangkan. | UMUM | |
ALEXANDER II | Alexander II (1818–1881), tsar Rusia dari tahun 1855 hingga tahun 1881. Baginda dikenali sebagai tsar Pembebas kerana menamatkan perhambaan di Rusia pada tahun 1861. Baginda juga memperbaharui sistem kehakiman, mengurangkan penapisan, membenarkan perhimpunan wakil-wakil wilayah dan menggalakkan perindustrian. | UMUM | |