| SANTAYANA, GEORGE | Santayana, George (1863–1952) ialah ahli falsafah dan pengarang. Dia lahir di Sepanyol tetapi membesar di Amerika Syarikat dan menghabiskan kira-kira sebahagian umurnya di sana. Dia melahirkan falsafahnya dalam karya bersifat teknikal dan juga dalam dialog, esei kesusasteraan, sonet, dan novel, The Last Puritan (1936). | UMUM | |
| AWS IBN HAJAR | Aws ibn Hajar ( ? –2 S.H. / ? –620 M.), salah seorang tokoh penyair zaman Jahiliah. Nama penuhnya ialah Aws ibn Hajar ibn ‘Itab al-Tamimi. Umurnya sangat panjang namun sesetengah pengkritik sastera mengatakan dia tidak sempat hidup hingga ke zaman Islam. Walau bagaimanapun terdapat pendapat yang mengatakan tarikh kematiannya ialah pada awal kelahiran Islam. Walaupun Ibn Sallam menganggapnya daripada kalangan para penyair Jahiliah kelas dua, tetapi akhirnya dia mengatakan, “Aws adalah setaraf dengan empat orang penyair sebelumnya – iaitu pada tahap pertama – tetapi kami telah mengehadkan tahap pertama tersebut untuk empat orang sahaja”. | UMUM | |
| AFFANDI | AFFANDI (1910-1990), pelukis ekspresionis Indonesia. Dia lahir di Cirebon, Jawa, Indonesia. Dia belajar melukis sendiri setelah gagal memasuki sekolah seni. Dia berkenalan dengan Sudjojono yang memperkenalkannya lukisan cat minyak sewaktu umurnya 10 tahun. | BUDAYA | Tokoh |
| TUK BACHOK | TUK BACHOK (1868-1953), ulama dan pendakwah. Dia lahir di Kampung Tuk Burung, Bachok, Kelantan. Nama sebenarnya ialah Haji Othman bin Haji Muhammad bin Haji Abdul Wahab. Dia menerima pendidikan awal daripada ayahnya. Sewaktu umurnya meningkat belasan tahun, dia dihantar belajar di Kota Baharu, berguru kepada Pak Cik Musa dan Haji Daud Husin Kampung Menuang (Haji Daud Kechik). Selepas beberapa tahun di Kota Baharu, dia menyambung pengajian agamanya di Pondok Kuala Bekah, Patani. Semasa di sini, dia bertemu dan bersahabat dengan Tuk Selehor yang kemudiannya menjadi ulama terkenal. Guru mereka di pondok ini bernama Haji Abdul Rashid. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| TELAGA BATU | TELAGA BATU, tapak arkeologi yang penting dalam sejarah kerajaan Sriwijaya. Di sinilah ditemui inskripsi Telaga Batu, yang memberi gambaran tentang bagaimana kerajaan atau kedatuan Sriwijaya diperintah dan juga keadaan organisasi pemerintahan, serta cara keamanan dan perpaduan dikekalkan. Ia merujuk kepada sebuah perigi batu yang tidak diketahui umurnya dan terletak di bahagian barat sebuah kawasan yang kelihatan seperti sebuah pulau empat persegi dan dikenal dengan nama Sabukingking, 300 m dari Gedung Suro iaitu satu lagi tapak bersejarah di Palembang. Pada awal abad ke-20, telah ditemui sebuah prasasti yang penting kepada sejarah Sriwijaya. Prasasti tersebut dikenal dengan nama inskripsi Telaga Batu. Walaupun tidak ada tarikh, namun secara perbandingan dengan inskripsi Sriwijaya yang lain, dipercayai inskripsi itu dibuat pada akhir abad ke-7 M. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |