Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[un.di] | اوندي

Definisi : 1. sesuatu utk memilih atau menentukan sesuatu (mis siapa yg akan mendapat sesuatu, memulakan sesuatu permainan, dll); buah ~ ark dadu; buang ~ = membuang ~ menentu-kan (memilih) dgn undi; kena ~ menang dlm undi (terpilih dll); kertas ~ kertas yg ditandakan sbg menunjukkan pilihan; main ~ a) main loteri; b) ark bermain dadu; men-cabut ~ menentukan sesuatu dgn mencabut atau menarik kertas dsb undi; 2. = undian pemilihan seseorang atau penentuan sesuatu dgn penandaan pd kertas undi (pungutan suara dsb): ~ kaum wanita merupakan 50% drpd seluruh ~ negara; berundi sedang memilih (menentukan dll) dgn undi; mengundi 1. menentukan (memilih dll) dgn membuang undi; baiklah kita ~ siapa yg me-musingkannya dahulu; 2. = ~ suara memutuskan sesuatu dgn mengira undi (memungut suara dll), memilih (menentukan dll) sesuatu dgn membuang undi: setelah diundi, beliau telah terpilih menjadi Yang Dipertua Persatuan itu lagi; Peguam Negara boleh di-lantik menjadi ahli jawatankuasa Parlimen, tetapi dia tidak boleh ~; memperundikan menentukan (membahagi-kan, memberikan, menetapkan, dll) dgn cara diundi: lapangan tempat meletak kereta akan diperundikan antara mereka yg berkereta; undian 1. sesuatu yg diundi, loteri; ~ wang loteri (wang); menarik ~ mendapat hadiah dlm undian wang dll, menang loteri; 2. hasil mengundi, pemilihan undi: pd hari ini, ter-paksalah wakil-wakil dilantik dgn ~ ramai; 3. ki cubaan (utk menentukan sesuatu), ujian; pengundian perihal (perbuatan, proses, dsb) mengundi, pemilihan dgn cara mengundi: pengumuman keputusan ~ memilih pucuk pimpinan UMNO; pengundi 1. orang yg mengundi: bilangan ~ yg berdaftar di seluruh Tanah Melayu dijangka meningkat hingga tiga juta orang; ~ hantu pengundi tidak berdaftar yg muncul dgn tiba-tiba saja dlm sesuatu pengundian (pilihan raya dsb); 2. sesuatu yg digunakan utk mengundi (kertas, surat, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[un.di] | اوندي

Definisi : 1 apa-apa yg digunakan utk menentukan sesuatu (siapa yg akan mendapat sesuatu, siapa yg akan bermain dahulu dll). 2 = undian suara (dlm sesuatu pilihan raya dll): Calon Barisan Nasional telah menang dgn kelebihan 3,600 ~. ~ percaya undi yg menunjukkan majoriti menyokong seseorang atau orang tertentu, spt pemimpin atau ketua. ~ pos undi yg dihantar melalui pos apabila pengundi berada di luar kawasan undi pilihan raya berkenaan. ~ sulit undi dlm pemilihan atau penentuan yg dilakukan secara sulit, biasanya dgn menandakan pilihan atau keputusan seseorang pd kertas undi. ~ tak percaya undi yg menunjukkan majoriti tidak menyokong seseorang atau orang tertentu, spt pemimpin atau ketua. mengundi 1 memilih atau menentukan sesuatu dgn membuang undi; memungut suara: Banyak orang kampung yg mahu keluar ~ sekarang. 2 memutuskan sesuatu dgn membuang undi. pengundian perbuatan (cara dsb) mengundi. pengundi 1 orang yg mengundi. 2 sesuatu (spt kertas) yg digunakan utk mengundi. ~ hantu pengundi tidak berdaftar yg muncul dgn tiba-tiba dlm sesuatu pilihan raya, pengundian dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
undi
Kata Terbitan : mengundi, undian, pengundian, pengundi,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PEMBUANGAN UNDI UMUM 
PERWAKILAN BERKADAR

Perwakilan berkadar ialah satu sistem

memilih anggota dewan perundangan. Sistem ini

dirangka untuk memberi parti politik dalam dewan

perundangan kerusi menurut kadar bahagiannya

daripada jumlah keseluruhan undi dalam

pemilihan. Sistem ini juga menawarkan peluang

kepada calon parti minoriti supaya dapat dipilih.

Perwakilan berkadar mempunyai tiga ciri asas:

(1) tiga orang atau lebih ahli dewan perundangan

dipilih dari tiap-tiap daerah pada waktu yang sama;

(2) kertas undi dikira dengan cara khas untuk

memberikan setiap parti politik bahagian undi

yang dibuang; dan (3) biasanya terdapat lebih

daripada dua buah parti politik yang aktif. Unsur-

unsur ini terdapat dalam Sistem Senarai dan

Sistem Hare .

UMUM 
PUNGUTAN SUARA

Pungutan suara ialah pengundian oleh rakyat

tentang sesuatu persoalan. Pungutan suara

memberi peluang kepada semua pengundi di

sesebuah negara atau wilayah untuk membuang

undi bagi menentukan dasar kerajaan atau

cadangan undang-undang yang baru. Dalam

pungutan suara, pengundi hanya menyokong atau

menentang sesuatu cadangan. Kadangkala

pungutan suara juga dikenali sebagai plebisit .

UMUM 
ARCHON

Archon ialah ketua pegawai pentadbiran yang

terpenting di Athens purba. Selepas tahun 683 S.M.,

setiap archon memegang jawatan selama setahun.

Pada mulanya archon terdiri daripada golongan

bangsawan yang kaya-raya dan mereka dipilih

menjadi archon. Selepas tahun 487 S.M., archon

dipilih melalui undi. Pegawai-pegawai yang lain ialah

raja , polemarch dan enam orang thesmothetae .

Pegawai ini kadangkala dikenali juga sebagai archon.

Lihat juga Areopagus.

UMUM 
PARTI DEMOKRAT

Parti Demokrat ialah parti tertua antara dua

parti politik utama di Amerika Syarikat. Selain Parti

Republikan, Parti Demokrat memainkan peranan

yang penting dalam sejarah dan politik Amerika

Syarikat. Dari tahun 1828 hingga tahun 1992, Parti

Demokrat memenangi undi sebanyak 19 daripada

42.

UMUM 
PERISTIWA 13 MEI

Peristiwa 13 Mei ialah peristiwa rusuhan kaum

yang berlaku di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969.

Peristiwa ini berlaku akibat sentimen perkauman

yang ketara dalam politik Malaysia, iaitu selepas

pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum 1969

yang diadakan pada 10 Mei 1969, setelah Parti

Perikatan memperoleh undi yang kurang

berbanding pilihan raya sebelumnya.

UMUM 
MAJELIS PERMUSYAWARATAN RAKYAT

MAJELIS PERMUSYAWARATAN RAKYAT, lembaga kekuasaan tertinggi negara Indonesia yang menggubal dan meminda perlembagaan serta menentukan dasar negara. Menurut Undang-Undang Dasar 1945 (Perlembagaan 1945) kedaulatan rakyat dipegang oleh Majelis Permusyawaratan Rakyat (MPR). Presiden dan wakil (naib presiden) dipilih oleh MPR dengan undi terbanyak, dan mereka hanya tunduk kepada MPR. MPR juga berhak memberhentikan presiden dan wakil presiden. Di samping itu, MPR mempunyai hak untuk membuat dan meminda Undang-undang Dasar (Perlembagaan Negara) dan menentukan Garis-garis Besar Haluan Negara.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
ARISTIDES

Aristides (530?–468? S.M.) yang dikenali sebagai

“Just” ialah negarawan dan pemimpin tentera

Athens. Dia adalah pesaing kepada Themistocles,

yang ingin menjadikan Athens sebagai satu kuasa

tentera laut. Aristides berpendapat bahawa

memang baik sekali Athens mengekalkan tentera

darat yang berkuasa berbanding dengan tentera

laut, kerana tentera darat mengalahkan tentera

Parsi dalam pertempuran Marathon pada tahun

490 S.M. Isu antara mereka berdua telah

diputuskan oleh orang ramai pada tahun 482 S.M.

Mengikut adat, orang Athens mengundi sama ada

Aristides atau Themistocles harus dinyahkan

(dibuang negeri). Setiap pengundi menulis salah

satu nama di atas ostrakan (sekeping tembikar).

Aristides kalah undi dan dibuang negeri.

UMUM 

Kembali ke atas