Perwakilan berkadar ialah satu sistem memilih anggota dewan perundangan. Sistem ini dirangka untuk memberi parti politik dalam dewan perundangan kerusi menurut kadar bahagiannya daripada jumlah keseluruhan undi dalam pemilihan. Sistem ini juga menawarkan peluang kepada calon parti minoriti supaya dapat dipilih. Perwakilan berkadar mempunyai tiga ciri asas: (1) tiga orang atau lebih ahli dewan perundangan dipilih dari tiap-tiap daerah pada waktu yang sama; (2) kertas undi dikira dengan cara khas untuk memberikan setiap parti politik bahagian undi yang dibuang; dan (3) biasanya terdapat lebih daripada dua buah parti politik yang aktif. Unsur- unsur ini terdapat dalam Sistem Senarai dan Sistem Hare . |