INTERNATIONAL TELECOMMUNICATION UNION (ITU) | | UMUM | |
ACT OF UNION | Act of Union (Akta Kesatuan) menggabungkan parlimen yang berasingan menjadi satu Parlimen United Kingdom di Westminster, London. Akta pertama berhubung dengan Parlimen Scotland dikuatkuasakan pada tahun 1707. Akta kedua berhubung dengan Ireland berkuat kuasa pada tahun 1801. | UMUM | |
PERJANJIAN MALAYAN UNION | PERJANJIAN MALAYAN UNION (1946), perjanjian yang ditandatangani antara wakil kerajaan British dengan raja-raja Melayu. Perjanjian ini telah diluluskan oleh Parlimen Britain dan dikuatkuasakan pada 1 Januari 1946. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
MALAYAN UNION | MALAYAN UNION, kesatuan negeri-negeri Melayu berserta Melaka dan Pulau Pinang yang dibentuk kerajaan British pada 1 April 1945. Sebuah sistem pentadbiran dan perlembagaan baharu diperkenalkan menggantikan sistem pentadbiran sebelum perang. Idea menyatukan negeri-negeri Melayu telah lama dikemukakan, tetapi tidak dapat dilaksanakan pada masa lalu kerana tidak mendapat sokongan daripada raja-raja Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
KESATUAN EROPAH BARAT | Kesatuan Eropah Barat (Western European Union – WEU) ialah perikatan pertahanan yang merangkumi sebahagian besar anggota Eropah Barat dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). NATO ialah perikatan angkatan bersenjata yang utama di negara-negara Barat. | UMUM | |
PERJANJIAN PERSEKUTUAN (1948) | Perjanjian Persekutuan (1948), perjanjian bagi menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 untuk menggantikan Malayan Union . Perjanjian ini melaksanakan bentuk kerajaan Persekutuan dengan menggabungkan semua negeri-negeri Melayu, iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang , Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu dan Kelantan ke dalam satu unit. Dengan itu terhapuslah konsep Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat, yang wujud sejak tahun 1796 di Semenanjung Tanah Melayu. Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu adalah asas pembentukan negara Tanah Melayu yang merdeka (1957) dan pembentukan Malaysia (1963). | UMUM | |
POMPIDOU, GEORGES JEAN RAYMOND | Pompidou, Georges Jean Raymond (1911– 1974) ialah presiden Perancis dari tahun 1969 hingga tahun 1974. Dia telah dipilih menjadi presiden selepas peletakan jawatan Presiden Charles de Gaulle. Pompidou ialah ahli Union of Democrats for the Republic, sebuah parti politik yang menyokong de Gaulle. | UMUM | |
MUGABE, ROBERT GABRIEL | Mugabe, Robert Gabriel (1924– ), menjadi ketua kerajaan Zimbabwe (dahulunya Rhodesia) pada tahun 1980. Dia mengetuai parti politik terbesar di negara tersebut iaitu Barisan Kesatuan Patriot Kebangsaan Afrika, Zimbabwe (Zimbabwe African National Union-Patriotic Front (ZANU–PF)). Pada akhir tahun 1970-an, Mugabe membantu dan memimpin puak nasionalis kulit hitam berjuang untuk menamatkan pemerintahan minoriti orang kulit putih. Hampir keseluruhan penduduk Zimbabwe adalah orang kulit hitam, tetapi orang kulit putih menguasai kerajaan dari tahun 1890 hingga tahun 1979. Lihat Zimbabwe (Sejarah). | UMUM | |
LIE, TRYGVE | Lie, Trygve (1896–1968), negarawan Norway yang berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Pertama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dia dilantik pada tahun 1946 untuk tempoh selama lima tahun dan dilanjutkan lagi perkhidmatannya selama tiga tahun bermula pada tahun 1950. Walau bagaimanapun, dia mengumumkan peletakan jawatannya pada tahun 1952 dan mengosongkan jawatan itu pada bulan April 1953. Soviet Union menentang Lie kerana sokongannya terhadap tindakan Amerika Syarikat di Korea Selatan. Lie bersara dengan harapan dapat mengendurkan ketegangan antarabangsa. | UMUM | |
PERJANJIAN PERSEKUTUAN | PERJANJIAN PERSEKUTUAN (1948), perjanjian bagi menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 untuk menggantikan Malayan Union. Perjanjian ini melaksanakan bentuk kerajaan Persekutuan dengan menggabungkan semua negeri-negeri Melayu iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka, Johor, Terengganu dan Kelantan ke dalam satu unit. Dengan itu, terhapuslah konsep Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat, yang wujud sejak tahun 1796 di Semenanjung Tanah Melayu. Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu adalah asas pembentukan negara Tanah Melayu yang merdeka (1957) dan pembentukan Malaysia (1963). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |