ARABES | Arabes ialah satu seni menyambung dan mencorakkan unsur-unsur hiasan Arab yang mempunyai keistimewaan seni Arab Islam. Ia juga dikenali sebagai seni hiasan Arab. Bidang seni ini diterokai di dalam satu gerakan menggunakan tumbuhan dan daun-daunnya untuk membentuk pada kreativiti seniman semasa mengolah dan menggunakan garisan-garisan yang bersambung, bersentuhan dan berjauhan. Gabungan khayalan dan perasaan seniman dengan menyeragamkan pembinaan dalam pembentukan hiasan pembinaan seperti segi empat, segilapan yang telah tersusun dan bintang-bintang yang memiliki banyak kepala seperti bintang yang mempunyai 10 dan 16 kepala. | UMUM | |
MAKYUNG | Makyung, sejenis drama tari Melayu tradisional yang terkenal di Kelantan. Unsur-unsur yang terdapat dalam persembahan makyung ialah muzik, tarian, nyanyian dan cerita. | UMUM | |
RANGKAP BEBAS | Rangkap bebas ialah gaya puisi yang tidak mengikuti peraturan tradisional mengarang puisi. Dalam penulisan rangkap bebas, penyair mengelakkan unsur-unsur tertentu seperti pola irama atau ritma. Sebaliknya, penyair membezakan panjang sesuatu rangkap, dan menggunakan bilangan suku kata luar biasa dalam rangkap, dan menggunakan tempat berhenti yang ganjil di penghujung setiap rangkap. Mereka juga menggunakan pelat dan ritma yang tidak sama dan skima ritma yang tidak selaras. Tetapi rangkap bebas tidak bebas daripada semua bentuk. Ia tetap menggunakan teknik asas puisi sebagai aliterasi dan ulangan. | UMUM | |
KLORIDA | Klorida ialah sebatian kimia yang mengandungi ion klorin (Cl ¯). Atom klorin dengan mudah menarik elektron daripada unsur-unsur lain untuk membentuk klorida. Klorida tersebar luas di permukaan bumi. | UMUM | |
MISTISISME | Mistisisme ialah kepercayaan bahawa Tuhan atau kebenaran rohaniah boleh diketahui melalui makrifat individu dan bukan melalui pemikiran atau penyelidikan. Semua agama utama sedikit sebanyak mempunyai unsur-unsur mistisisme. | UMUM | |
MENDELEEV, DMITRI IVANOVICH | Mendeleev, Dmitri Ivanovich (1834–1907) ialah ahli kimia Rusia yang mencipta suatu bentuk hukum berkala, iaitu prinsip asas dalam kimia. Hukumnya menyatakan bahawa sifat-sifat unsur kimia berulang mengikut pola yang tetap apabila unsur-unsur itu tersusun mengikut berat atomnya. Usaha Mendeleev, berserta usaha ahli kimia Jerman, Julius Lothar Meyer, melahirkan jadual berkala, iaitu susunan unsur secara sistematik (lihat Unsur kimia [Jadual berkala unsur]). | UMUM | |
UNSUR PINJAMAN DALAM BAHASA MELAYU | UNSUR PINJAMAN DALAM BAHASA MELAYU, pinjaman, penyerapan atau pengambilan unsur-unsur bahasa asing ke dalam bahasa Melayu. Fenomena ini merupakan kelaziman yang berlaku kepada kebanyakan bahasa di dunia. Suatu bahasa akan menjadi kaya melalui peminjaman kata-kata daripada bahasa lain. | BAHASA | Konsep |
SILIKON | Silikon ialah unsur kimia dengan simbol Si. Ia adalah bukan logam yang keras, berwarna kelabu tua. Silikon membentuk kira-kira 28 peratus daripada kerak bumi dan ia adalah unsur yang kedua paling banyak selepas oksigen. Silikon hanya wujud berpadu dengan unsur-unsur lain, terutamanya dengan oksigen sebagai silikon dioksida. Sebatian ini, yang dikenali sebagai silika, ialah bahan utama pasir. Silika juga adalah bahan utama pelbagai mineral yang membentuk batu-batu. Mineral ini termasuk feldspar, piroksen, dan kuarza. Lava dari gunung berapi, terdiri daripada kebanyakannya silikon dioksida lebur. | UMUM | |
ABDULLAH IBN AL-ABBAS | Abdullah ibn al-Abbas (3 S.H.–68 H./ 619 M.–687 M.), anak saudara Rasulullah SAW yang dilahirkan sebelum Hijrah dan tidak pernah dicemari dengan unsur-unsur syirik. Nama penuhnya ialah Abdullah ibn al-Abbas ibn Abd al- Muttalib ibn Hisham, seorang sahabat besar yang berasal dari Makkah. | UMUM | |
UNSUR | Bahan paling ringkas yang mengandungi hanya satu jenis atom atau yang terdiri daripada atom yang sama jenis. | KIMIA | Konsep |