Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[un.tut] | اونتوت

Definisi : 1. penyakit bengkak pd kaki (kerana kurang makan, menderita penyakit beriberi, dll); 2. (Ubat) penyakit yg menyebabkan anggota badan, terutamanya kaki, membengkak dan kulit menjadi tebal akibat jangkit­an cacing filaria, sakit gajah, elefantiasis; harapkan si ~ menggamit, kain koyak diupahkan prb percaya kpd orang yg malas; kaki ~ dipakaikan gelang prb maksud hendak mem­perelok tetapi menjadi bertambah buruk; lain yg bengkak, maka yg bernanah lain, yg ~ lain, yg mengisut lain prb lain yg bersalah, lain yg kena hukum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[un.tut] | اونتوت

Definisi : 1 penyakit bengkak pd kaki kerana kurang memakan makanan berzat. 2 penyakit bengkak kaki kerana sj kuman; sakit gajah, Elephantiasis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata untut

Peribahasa

Kaki untut dipakaikan gelang.

Bermaksud :

Maksudnya hendak memperelok, tetapi semakin buruk jadinya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ELEFANTIASIS

Elefantiasis atau untut ialah penyakit kulit

yang paling biasa terdapat di kawasan tropika.

Ia mendapat namanya kerana kulit yang terjejas

menjadi kasar dan tebal seperti kulit gajah.

UMUM 

Kembali ke atas