Timah ialah unsur kimia dengan simbol Sn. Ia adalah logam putih yang telah digunakan oleh manusia sejak zaman dahulu. Kegunaan timah paling awal yang diketahui adalah pada lebih kurang tahun 35 000 S.M. di kota Ur di selatan Mesopotamia (kini Iraq). Penduduk Ur membuat barang daripada gangsa, iaitu aloi timah dan tembaga. Kini, timah digunakan terutamanya dalam pengeluaran plat timah, yang terdiri daripada keluli bersalut timah yang benar-benar nipis di kedua-dua belahnya. Kebanyakan plat timah dijadikan tin timah untuk pembungkusan makanan dan keluaran-keluaran lain. |