SIRI | Siri dalam matematik, ialah jumlah urutan sesuatu bilangan. Contohnya, set nombor 2, 4, 6, 8, 10 membentuk satu urutan. Jika anda menambah nombor ini, ia membentuk siri 2 + 4 + 6 + 8 + 10. Satu urutan boleh merupakan mana-mana set sebutan (ungkapan nombor atau algebra) yang disusun dalam tertib tertentu. Satu contoh urutan yang mempunyai sebutan algebra ialah a, ar, ar², ar³, ar4. Siri berkaitan ialah a + ar + ar² + ar³ + ar 4. Satu siri seperti ½ - . mengandungi sebutan positif dan negatif. | UMUM | |
RANTAIAN MAKANAN | Urutan pemindahan bahan dan tenaga daripada satu organisma kepada satu organisma lain dalam bentuk makanan. Gabungan rantaian makanan yang berlaku apabila organisma memakan lebih daripada satu jenis haiwan atau tumbuhan disebut sebagai siratan makanan (food web). | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
KUPLET | Kuplet ialah rima yang mempunyai dua baris. Kuplet pancapada ialah satu bentuk pola irama Inggeris dalam pancapada iambik yang digunakan mengikut urutan. | UMUM | |
DEKATLON | Dekatlon ialah pertandingan yang memakan masa selama dua hari dalam sepuluh acara untuk menentukan johan secara keseluruhan. Atlet akan bertanding dalam acara pecut 100 meter, lompat jauh, lontar peluru, lompat tinggi, dan larian 400 meter dalam urutan yang sama pada hari yang pertama. Acara pada hari kedua ialah lari berhalangan 110 meter, lempar cakera, lompat bergalah, lontar lembing dan lari 1500 meter. Atlet bertanding melawan masa dan jarak piawaian yang telah ditetapkan, bukannya bertanding antara satu sama lain. Setiap acara dapat menghasilkan hingga 1200 mata. Atlet yang meraih mata keseluruhan yang paling banyak memenangi pertandingan dekatlon ini. | UMUM | |
SEMAFOR | Semafor ialah kaedah memberi isyarat dengan menggunakan sasaran atau bendera. Setiap kedudukan sasaran mempunyai makna yang dapat ditafsir oleh seseorang yang terlatih. Satu set arahan bendera yang standard boleh mengeja abjad Inggeris. Setiap satunya ditunjukkan dalam rencana huruf abjad dalam Ensiklopedia Dunia , seperti A . Urutan bagi arahan ini dapat digunakan untuk mengeja perkataan dalam mesej. Angka dieja, tetapi beberapa arahan merupakan perkataan, seperti “kesilapan”, atau frasa. Terdapat juga sedikit variasi dalam arahan untuk A dan G. Bendera Semafor digunakan oleh anggota angkatan laut dan kereta api sedunia. Mesej boleh dihantar pada kelajuan kira-kira 25 perkataan seminit. Lihat juga Kereta api (Kawalan trafik). | UMUM | |
SCHOENBERG, ARNOLD | Schoenberg, Arnold (1874–1951), mungkin merupakan penggubah muzik yang paling berpengaruh pada tahun 1900-an. Nama Schoenberg juga dieja Schönberg. Pada tahun 1908, Schoenberg mula menulis muzik yang atonal , iaitu muzik yang kurang satu kekunci. Penggunaan atonal akhirnya membawa kepada pembentukan sistem 12 nada. Dalam sistem 12 nadanya, bahan melodi dan harmoni nada adalah berdasarkan urutan khusus 12 nota pada skala kromatik yang dikenali sebagai baris atau set 12 nada. Cara gubahan ini dikenali sebagai serialisme. | UMUM | |
TRANSLASI | Proses biosintesis protein yang menjadi sebahagian daripada teras dogma pusat sesuatu sel. RNA mensintesis protein melalui proses translasi, manakala DNA mensintesis RNA melalui proses transkripsi. Proses ini penting dalam semua sel hidup bagi menjamin perkembangan tumbesaran dan kemandirian sesuatu organisma. Translasi merupakan suatu proses di mana maklumat genetik pada RNA pengutus (mRNA) digunakan sebagai sumber arahan mensintesis rantai polipeptida protein. Proses ini berlaku pada organel ribosom di retikulum endoplasma dalam sitoplasma. Sel harus mempunyai alat yang diperlukan untuk menterjemah maklumat urutan nukleotida mRNA ke jujukan asid amino protein spesifik, iaitu molekul penyesuai RNA pemindah (tRNA), enzim pengaktif, dan faktor protein larut...Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
TALIBUN | TALIBUN, genre puisi Melayu tradisional. Perkataan talibun menggantikan istilah bahasa berirama yang digunakan oleh R.O. Winstedt yang dirasakan terlalu umum untuk suatu bentuk puisi yang sebenarnya mempunyai identitinya sendiri. Dalam kamus Wilkinson, talibun bermakna `satu untai atau urutan pantun-pantun’ atau `pantun setalibun’; atau sejenis puisi yang rima akhirnya serima. Beberapa pengkaji lain menggunakan talibun untuk pantun yang lebih daripada empat larik serangkap; misalnya yang enam, lapan, sepuluh dan seterusnya dalam serangkap. | SASTERA | Konsep |