SEMBELIT | Sembelit ialah keadaan apabila usus tidak membuang bahan sisa semudah biasa. Orang yang sembelit tidak dapat membuang air besar dengan teratur, dan mungkin berasa sakit atau usus besarnya lemah. Mereka mungkin berasa pening kepala dan sakit tulang belakang. Sembelit boleh disebabkan oleh otot usus yang lemah atau kontraksi otot usus yang kuat tidak tetap. Sembelit juga boleh berlaku apabila seseorang sering mengambil julap atau tidak mengambil jenis makanan tertentu secukupnya, terutama makanan yang mengandungi serat. Sembelit juga boleh menimbulkan sakit yang tisu atau saraf usus, seperti ketumbuhan yang menyekat menjejaskan sebahagian usus kecil. | UMUM | |
KATGUT | Katgut ialah sejenis tali yang kuat yang diperbuat daripada usus beberapa jenis haiwan dan digunakan terutamanya sebagai tali alat muzik dan untuk menjahit luka. Kebanyakan katgut diperbuat daripada usus babi atau biri-biri. Usus tersebut dikoyakkan menjadi lembar dan kemudian dicuci, diawet, dan dipintal menjadi tali. | UMUM | |
PERUT | Perut ialah bahagian yang membesar dalam salur alimentari. Ia terletak di antara esofagus dengan usus kecil (lihat Esofagus; Usus ). Pada manusia dan kebanyakan haiwan, ia adalah organ ringkas bak pundi. Pada lembu, biri-biri, dan lain-lain ruminan (haiwan yang mengunyah mamahannya), perut mempunyai empat petak dan lebih rumit daripada perut manusia (lihat Ruminan ). | UMUM | |
KOLON | Kolon ialah sebahagian daripada usus besar. Tiub berotot ini membawa kimus (makanan yang terhadam sebahagiannya) dari sekum (bahagian pertama usus besar) ke rektum (bahagian terakhir). | UMUM | |
DISENTERI | Disenteri ialah penyakit yang melibatkan keradangan lapisan usus besar. Keradangan ini, yang disebabkan oleh organisma mikroskopik, menyebabkan sakit abdomen dan diaren. | UMUM | |
AMBERGRIS | Ambergris ialah bahan berlilin yang terdapat dalam usus sesetengah ikan paus sperma. Ia berbau kuat apabila dikeringkan dan digunakan dalam minyak wangi yang mahal. | UMUM | |
DIVERTIKULITIS | Divertikulitis ialah penyakit biasa pada kolon (usus besar). Antara gejalanya termasuk rasa sakit di bahagian bawah kiri abdomen dan demam. Penyakit ini terjadi daripada divertikulosis, iaitu gangguan yang merebak dalam kalangan orang pertengahan umur dan orang tua di negara maju. | UMUM | |
APENDIKS | Apendiks dalam anatomi ialah struktur yang melekat pada bahagian yang lebih besar atau lebih penting. Istilah ini biasanya merujuk kepada apendiks vermiform (bak cacing), tiub halus dan tertutup yang menganjur dari usus buntu , bahagian pertama usus besar. | UMUM | |
KOLITIS | Kolitis ialah suatu penyakit yang melibatkan inflamasi kolon atau bahagian-bahagian lain usus besar. | UMUM | |
MINYAK JARAK | Minyak jarak ialah minyak tidak berwarna yang digunakan sebagai julap. Minyak yang baru adalah jernih dan melekit. Minyak jarak merengsakan dinding usus dan menyebabkannya berfungsi. Jika digunakan terlalu kerap, ia boleh menyebabkan sembelit. Minyak jarak digunakan sebagai ubat, tetapi banyak proses perindustrian menggunakan kebanyakan bekalan minyak ini. | UMUM | |