ORANG UTAN | Orang utan ialah beruk besar, berbulu kasar kemerah-merahan yang tinggal di hutan hujan tropika di Sumatera dan Borneo. Orang utan adalah mamalia penghuni pokok yang terbesar. Orang utan tingginya 90 hingga 150 sentimeter. Yang jantan mungkin beratnya dari 70 hingga 90 kilogram. Sesetengah orang utan jantan mempunyai lengan sepanjang kira- kira 2 meter. Yang betina saiznya kira-kira setengah saiz yang jantan. Orang utan jantan yang matang mempunyai pad pipi yang lebar yang terjojol dari sisi mukanya dan mempunyai kantung kerongkong yang besar. Yang betina tidak mempunyai pad pipi dan hanya mempunyai kantung kerongkong yang kecil. | UMUM | |
SPESIES TERANCAM | Spesies terancam ialah benda hidup yang terancam oleh kepupusan – iaitu kematian semua individu sejenisnya. Beribu-ribu spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan sedang terancam, dan bilangan ini meningkat setiap tahun. Haiwan terancam termasuk paus biru, sesetengah jenis buaya, orang utan, badak sumbu, harimau bintang salji, harimau dan burung jenjang kokol. Tumbuh-tumbuhan terancam termasuk running buffalo ceaver, sipres Santa Cruz, snakeroot, dan banyak spesies kaktus. | UMUM | |
RAHMAN SHAARI | RAHMAN SHAARI (1949- ), penyair dan penulis. Dia lahir pada 5 September 1949 di Kampung Utan Lembah, Oran, Perlis. Di samping namanya, dia pernah menggunakan nama samaran Fadzri Aris, Jufrie Jantan dan Malik Iskandar. Rahman mendapat pendidikan awal di Sekolah Umum Guar Nangka, Sekolah Kebangsaan Oran dan Sekolah Menengah Derma, Kangar. Pada tahun 1965, dia belajar dalam jurusan sains di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur. | SASTERA | Tokoh |
MAHMUD WAHID | MAHMUD WAHID (1903 – 1992), penglipur lara. Dia juga dikenal sebagai Awang Belanga atau Awang Batil. Dia lahir pada tahun 1903, di Kampung Gunung, Utan Aji, Perlis dan menetap di Kampung Pokok Sena, Chuping, Perlis. Walaupun berpendidikan setakat Darjah Tiga sekolah Melayu, Mahmud boleh menulis, membaca Jawi dan bertutur dalam bahasa Siam. Ayahnya pemain makyung, yang berasal dari Kampung Pulau Pisang, Jitra, Kedah, manakala ibunya berasal dari daerah Setol, selatan Thailand. Mahmud meninggalkan sekolahnya kerana berminat kepada jikey. | BUDAYA | Tokoh |
TANJUNG PURA | TANJUNG PURA, ibu kota kerajaan Hindu Nagara Dipa, di Kalimantan, Indonesia. Tanjung Pura terletak di hulu Sungai Nagara di sekitar Amuntai sekarang, termasuk dalam Propinsi Kalimantan Selatan. Nagara Dipa ialah sebuah kerajaan bercorak Hindu. Rajanya Ampu Jatmika pernah mengirim utusan ke negeri China untuk mendapatkan seorang ahli pembuat patung logam, untuk menggantikan patungnya yang diperbuat daripada kayu. Utusan yang dikirimkan itu membawa hasil Nagara Dipa seperti intan, mutiara, damar, madu dan orang utan. Selain itu, Nagara Dipa juga mempunyai hubungan dengan Majapahit, kerana pengganti Ampu Jatmika adalah Raden Putra, seorang keturunan Majapahit yang berkahwin dengan puteri Junjung Buih. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |