Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata utaranya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASSYRIA

Assyria, negara purba yang terletak di hulu

sungai Tigris di Mesopotamia. Bahagian utaranya

meliputi kawasan negara Iraq kini. Dalam banyak

perkara tamadun Assyria menyerupai tamadun

Babylonia lama yang terletak di selatannya. Lihat

Iraq.

UMUM 
TASIK TURKANA

Tasik Turkana ialah tasik yang panjang lagi

sempit di kawasan tengah timur Afrika. Sebahagian

besar tasik ini terletak di utara Kenya. Hujung di

utaranya menganjur ke selatan Ethiopia. Untuk

lokasi, lihat Kenya (peta). Tasik ini meliputi kawasan

seluas 6405 kilometer persegi.

UMUM 
ALABAMA

Alabama ialah negeri yang terletak di tenggara

Amerika Syarikat. Birmingham ialah bandar raya

terbesar Alabama dan menjadi pusat pembuatan

besi dan keluli sejak tahun 1800-an. Kapas

merupakan tanaman penting negeri ini, sementara

di sebelah utaranya terdapat kawasan hutan yang

luas.

UMUM 
SAINT MARTIN

Saint Martin juga dikenali sebagai Sint Maarten

dalam bahasa Belanda, ialah pulau di Laut

Caribbean yang terletak di bahagian paling hujung

Kepulauan Windward (lihat Kepulauan Windward ).

Luas pulau ini lebih kurang 34 kilometer persegi.

Bahagian utaranya, yang luasnya lebih daripada

dua per tiga seluruh pulau ini, dikuasai oleh

Perancis. Bahagian ini membentuk sebahagian

daripada jabatan seberang laut Guadeloupe

Perancis (lihat Guadeloupe ). Ibu wilayahnya ialah

Marigot. Bahagian selatannya dikuasai oleh

Belanda dan merupakan sebahagian kumpulan

utara Antilles Belanda bahagian Kepulauan

Windward (lihat Antilles Belanda; Kepulauan

Windward ). Ibu wilayahnya ialah Philipsburg.

UMUM 
MAKKAH AL-MUKARRAMAH, DAERAH

Makkah al-Mukarramah, Daerah ialah

salah satu daripada 13 buah daerah Kerajaan Arab

Saudi, yang di tetapkan sempadannya. Daerah

Makkah terletak di pedalaman barat Arab Saudi,

bersempadan dengan daerah Riyad di timurnya,

daerah ‘Asir, al-Bahah dan Jazan di selatannya,

daerah Madinah di utaranya dan Laut Merah di

baratnya. Ia berada setinggi kira-kira 300 meter di

atas permukaan laut. Pusat bandar bagi daerah

Makkah al-Mukarramah ialah Makkah al-

Mukarramah yang menyaksikan turunnya

perutusan yang paling tinggi dan ayat-ayat al-

Qur’an yang banyak daripada Allah SWT. Makkah al-

Mukarramah juga ialah tempat kelahiran nabi dan

rasul terakhir, iaitu Nabi Muhammad SAW. Ia

merupakan bandar yang paling suci dan mulia di atas

muka bumi. Ia juga pusat pentadbiran dan

ketamadunan bagi daerah Makkah al-Mukarramah

dan bandar yang paling banyak aktiviti, kemajuan

dan pembangunan kerana ia merupakan tempat

tumpuan puluhan juta umat Islam setiap tahun.

UMUM 
PERANG TUJUH TAHUN

Perang Tujuh Tahun (1756–1763) melibatkan

hampir setiap negara di Eropah dan merebak

hingga ke Amerika dan India. Di Amerika, perang

ini dikenali sebagai Perang India dan Perancis. Di

Eropah , Prussia dan Austria berperang sesama

sendiri untuk menguasai Jerman. Great Britain

membantu Prussia dan Perancis pula membantu

Austria . Britain berperang dengan Perancis untuk

menguasai laut dan wilayah di Amerika Utara.

Akibat Perang Tujuh Tahun tersebut, Perancis

kehilangan empayar Amerika Utaranya kepada

Britain .

UMUM 
SETUL

SETUL, sebahagian daripada Kesultanan Kedah yang dikenal sebagai mukim Setul, dan terletak di Selatan Thailand. Di sebelah utaranya bersempadan dengan Trang, Phatalung dan Songkhla, manakala di selatannya bersempadan dengan Perlis dan kedah.  Keluasan Setul dianggarkan 3086 km persegi.  Setul juga pernah dikenal sebagai ‘Negeri Setul Mambang Segara’.  Majoriti penduduknya orang Melayu yang bertutur dalam bahasa Melayu-Thai dan kebanyakannya beragama Islam.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
TAMBRALINGATAMBRALINGA, kerajaan awal di utara Semenanjung Tanah Melayu.  Ia terletak di pantai timur dan berpusat di kawasan Ligor (kini nakhon Si Thammarat).  Di sebelah utaranya ialah Chaiya, di wilayah Surat Thani.  Sejarah kemunculan Tambralinga kurang jelas.  Nama `Tambralinga’ pertamanya terdapat pada batu bersurat bahasa Sanskrit yang dijumpai di Wat Sema Mu, Ligor.  Batu bersurat ini menyebut seorang yang bernama Dharmaraja yang menggelarkan dirinya Raja Tambralinga (1230).SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
KAMPUNG HULU

KAMPUNG HULU,  kampung petempatan orang Melayu dan terletaknya Masjid Kampung Hulu. Kampung ini terletak di tengah-tengah bandar Melaka, terpisah dari Kampung Jawa dan Jalan Bunga Raya oleh Sungai Melaka. Kawasan kampung ini tidak luas iaitu dari Masjid Kampung Hulu hingga ke Dewan Hang Tuah. Sempadan di utaranya ialah Jalan Kubu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PULAU MANHATTAN

Pulau Manhattan ialah pusat perdagangan,

kewangan, penerbitan, dan kebudayaan New York

City. Setiap hari berjuta-juta manusia berulang-alik

untuk bekerja di pejabat, kilang, kedai dan teater.

Manhattan mempunyai penduduk seramai

1 428 285 orang dan kawasan seluas 62 kilometer

persegi, termasuk 31 kilometer persegi kawasan

air pedalaman. Pulau ini membentuk borough

(daerah) Manhattan, kawasan terkecil di antara lima

borough New York . Sungai East ialah sempadan

timurnya, sementara Hulu Teluk New York terletak

di selatan, Sungai Hudson di barat, dan Sungai

Harlem dan Spunyten Duyvil Creek di utaranya.

Jambatan, feri, dan terowong menghubungkan

pulau ini dengan borough lain dan New Jersey.

UMUM 
12

Kembali ke atas