Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[va.ria.si] | ۏارياسي

Definisi : 1. penyimpangan atau sesuatu yg menyimpang drpd keadaan (sifat, ciri-ciri, dsb) yg lazim atau standard, kelainan: ~ bahasa; 2. bentuk dll yg tidak seragam atau berbeza-beza, kelainan atau pelbagaian (dlm bentuk, reka cipta, dll): ~ reka bentuk kraftangan tempatan terhad dan tidak banyak berubah; 3. penyimpangan pd ciri-ciri organisma drpd yg biasa bagi kumpulannya; bervariasi berlainan atau berbeza-beza keadaaan (bentuk, ciri atau sifatnya dsb): kehidupan kesusasteraan mulai beragam dan ~; latihan selalunya dijalankan dlm bentuk permainan kecil yg ~ supaya pemain tidak merasa bosan semasa menjalani latihan; memvariasikan menjadikan bervariasi: ~ teknik pengajaran dan pemelajaran dapat mengelakkan perasaan jemu dan meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[va.ria.si] | ۏارياسي

Definisi : kelainan drpd keadaan yg biasa. bervariasi berlainan atau berbeza-beza keadaan, bentuk atau sifat sesuatu: Teknik yg ~ digunakan utk menangani projek itu. memvariasikan menjadikan bervariasi: Usaha utk ~ cara atau kaedah pengajaran diharapkan dpt membantu mengatasi rasa bosan para pelajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata variasi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
INDIA , BAHASA

India, Bahasa. Benua kecil India terdiri daripada

beberapa komuniti linguistik yang berasingan dan

setiap komuniti tersebut mempunyai satu bahasa

dan satu budaya sendiri. Penduduk India

bertutur dalam banyak bahasa dan dialek yang

kebanyakannya adalah variasi-variasi daripada

14 bahasa prinsipal.

UMUM 
DIALEK

Dialek ialah variasi bahasa yang digunakan oleh

kumpulan penutur tertentu. Semua bahasa hidup

berubah mengikut masa. Variasi dalam bahasa

berpunca daripada faktor-faktor geografi dan

sosial.

UMUM 
KELOMPOK DAN VARIASI BAHASA MELAYU

KELOMPOK DAN VARIASI BAHASA MELAYU, dua kelompok yang besar, iaitu kelompok bahasa Melayu di daerah induk atau ranah bahasa Melayu dan kelompok bahasa Melayu yang di luar dari daerah induk.  Bahasa Melayu dalam daerah induk bahasa Melayu terbahagi kepada tiga kumpulan, iaitu bahasa Melayu Semenanjung, bahasa Melayu Sumatera, dan bahasa Melayu Kalimantan.

BAHASABahasa
AGAS

Agas ialah nama umum untuk pelbagai variasi

lalat kecil. Beberapa jenis agas hidup dengan

memakan darah haiwan termasuk manusia, dan

memberikan gigitan yang menyakitkan. Jenis lain

termasuklah agas yang tidak menggigit. Agas

mempunyai bahagian mulut berbentuk muncung

yang dikenali sebagai probosis . Agas menggigit

menggunakan probosis dengan mencucuk kulit

haiwan semasa ia makan.

UMUM 
KEMBOJA

Kemboja ialah negara di Asia Tenggara yang

bersempadan dengan Thailand, Laos, dan Vietnam.

Negara ini juga dikenali sebagai Kampuchea. Nama

ini ialah satu variasi ejaan Kemboja. Pada tahun 1989,

kerajaan negara ini mengisytiharkan bahawa nama

itu ditukar daripada Kampuchea kepada Cambodia.

UMUM 
PSIKOANALISIS

Psikoanalisis ialah kaedah merawat penyakit

mental yang diasaskan oleh doktor Austria,

Sigmund Freud. Freud mengembangkan rawatan ini

pada akhir tahun 1800-an dan awal tahun 1900-an.

Ahli-ahli psikiatri yang lain mengembangkan variasi

teknik mereka. Istilah psikoanalisis juga merujuk

kepada teori yang menjadi asas rawatan seperti itu.

UMUM 
DIALEK MELAYU DI SARAWAKDIALEK MELAYU DI SARAWAK, variasi dalam penggunaan bahasa Melayu baku di Malaysia, sama seperti dialek Melayu di negeri-negeri yang lain di Malaysia, yang dituturkan di Sarawak sahaja. Dialek Melayu di Sarawak dapat dikatakan lingua franca asas di negeri ini. Hampir pada semua peringkat perhubungan, dari pasar sayur hingga ke pejabat kerajaan, dialek Melayu digunakan dengan meluas.BAHASABahasa
SYAIRSYAIR, sejenis puisi yang terikat, umumnya terdiri daripada empat larik serangkap, empat perkataan selarik dan mempunyai rima akhir /a/ /a/ /a/ /a/ dengan sedikit variasi dan kekecualian. Keseluruhan rangkap merupakan idea yang berurutan dan biasanya memerlukan beberapa rangkap untuk menyatakan suatu keseluruhan idea.SASTERAKonsep
RAGAM BAHASA MELAYU

RAGAM BAHASA MELAYU, variasi bahasa yang digunakan secara berbeza-beza berdasarkan topik yang dipertakatan; berasaskan kumpulan penutur dan pada situasi pembicaraan yang berlainan. Ragam bahasa berbeza-beza antara seseorang dengan seseorang yang lain, atau antara suatu kolompok masyarakat dengan kelompok masyarakat yang lain. Perbezaan ini disebabkan oleh perbezaan latar belakang dan pengalaman penutur yang mempengaruhi perkembangan bahasanya.

BAHASABahasa
KITAB AL-AGHANI

Kitab al-Aghani adalah antara ensiklopedia

sastera yang dikarang dalam abad keempat

Hijrah. Karya agung ini dihasilkan oleh Abu al-

Faraj ‘Ali ibn Hussayn al-Asfahani yang meninggal

dunia pada tahun 356 Hijrah. Kandungan buku ini

berasaskan himpunan lagu-lagu istimewa (intonasi

atau variasi suara) yang terdapat pada zaman-

zaman sebelum dan semasa hayatnya.

UMUM 
12

Kembali ke atas