OEDIPUS | Oedipus ialah raja Thebes dalam mitologi Yunani. Dia telah membunuh bapanya tanpa disedarinya dan mengahwini ibunya. Ramai penulis purba menulis cerita Oedipus dalam versi yang berbeza-beza. Versi yang berikut sebahagian besarnya berasaskan Oedipus Rex , karya tragedi penulis drama Yunani Sophocles. | UMUM | |
PLAUTUS | Plautus (254?–184 S.M.) ialah penulis komedi Rom yang penting. Dramanya merupakan versi Komedi Baru Yunani yang menekankan pemuda yang mencintai hamba perempuannya, kekeliruan identiti, orang gaji yang licik, dan tuan yang terpedaya. Plautus menggabungkan unsur komedi Itali dengan jenakanya yang riang gembira. Teknik pembinaan plot yang bijak dan perwatakan, tidak membimbangkannya kerana dia hanya menghasilkan komedi yang penuh gelak ketawa. Dia pakar dalam dialog, menulis tentang kehidupan yang penuh kata-kata, ungkapan cinta, dan penganiayaan. | UMUM | |
TERENCE | Terence (195?–159? S.M.) ialah penulis drama komedi Rom. Karya dramanya, pada dasarnya, merupakan versi Latin daripada jalan cerita Yunani. Karya-karyanya lebih halus berbanding dengan karya-karya Plautus, dan ditandai gaya penulisan yang tulen, binaan cerita yang teliti, dan gambaran sifat yang baik. Kesemua enam karya drama komedinya masih boleh dibaca dan dipentaskan. | UMUM | |
MORGAN, GARRET AUGUSTUS | Morgan, Garret Augustus (1877–1963) ialah pencipta Amerika. Dia mencipta beberapa jenis alat termasuk versi topeng gas dan lampu isyarat jalan raya. | UMUM | |
ENDYMION | Endymion, dalam mitos Yunani ialah seorang pemuda kacak yang dicintai oleh Selene, dewi bulan. Satu versi mitos ini tentang Endymion menceritakan bahawa dia ialah Raja Elis di Greece. | UMUM | |
AMADÍS OF GAUL | Amadís of Gaul ialah kisah cinta Sepanyol yang terkenal pada zaman kesateriaan. Ia diciptakan sekitar tahun 1300-an di Sepanyol, tetapi versi cetakan pertamanya yang masih ada, iaitu The Four Books of the Virtuous Knight Amadís of Gaul, diterbitkan pada tahun 1508. Sebahagian daripada karya ini dianggap telah ditulis oleh Garci Ordóñez (atau Rodríguez) de Montalvo. | UMUM | |
EVANS, DAME EDITH | Evans, Dame Edith (1888–1976) ialah seniwati pujaan yang paling disanjung pada zamannya. Antara persembahannya yang paling terkenal ialah watak Lady Blacknell dalam versi filem The Importance of Being Earnest (1952), karya Oscar Wilde. | UMUM | |
LUTUNG KASARUNG | LUTUNG KASARUNG, cerita rakyat Sunda. Dalam khazanah sastera Sunda, Lutung Kasarung dianggap sebagai salah satu cerita pantun yang keramat di samping Ciung Wanara, Nyi Sumur Bandung, dan Mundinglaya di Kusumah. Sebagai sebuah cerita yang terkenal, di beberapa daerah tertentu dikenal dengan versi yang agak berbeza. Versi Bogor, misalnya, dikenal dengan nama Lutung Leutik. | SASTERA | Karya |
SYAIR KEN TAMBUHAN | SYAIR KEN TAMBUHAN, syair panji. Syair ini pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Belanda pada tahun 1838. Syair ini diterbitkan oleh J.J. De Hollander (1956), H.C. Klinkert (1966) dan A. Teeuw (1968). Menurut R.O. Winstedt, Syair Ken Tambuhan dikarang pada zaman kegemilangan Kesultanan Melaka, iaitu abad ke-15. Menurut A. Teeuw pula, syair ini sebagai genre sastera baharu dicipta pada tahun 1600 oleh Hamzah Fansuri. Naskhah syair ini cukup banyak dan dapat dibahagi kepada versi pendek dan versi panjang. | SASTERA | Konsep |
KAMUS ISTIMEWA PERIBAHASA MELAYU | KAMUS ISTIMEWA PERIBAHASA MELAYU, KAMUS YANG DISUSUN OLEH Abdullah Hussain dan diterbitkan untuk kali pertama oleh Oxford University Press pada tahun 1965. Cetakan kedua diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Versi ini telah diperbaiki dan diterbitkan pada tahun 1975. Kamus ini juga diulang cetak beberapa kali dan kali terakhirnya ialah pada tahun 1993. Dalam versi terakhir ini, ejaannya disesuaikan dengan ejaan baru. | BAHASA | Penerbitan |