Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n kemenangan: the generals were intent on ~ at any price, jeneral-jeneral itu nekad utk memperoleh kemenangan walau apa pun akibatnya; we can regard this as a ~ for the left wing, kita boleh menganggap ini sbg satu kemenangan bagi sayap kiri; to win a ~ over the enemy, mencapai kemenangan menentang pihak musuh. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata victory


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAYAP KEMENANGAN

Sayap Kemenangan (Winged Victory) ialah

sebuah patung Yunani purba yang cantik yang

ditemui oleh ahli arkeologi Perancis pada tahun

1863. Patung ini telah pecah dan kesemua 118

keping serpihannya yang dijumpai bertaburan di

atas sebuah bukit di pulau lereng, Samothraki

(Samothrace), Greece. Patung ini menggambarkan

Nike, dewi kemenangan Yunani. Tubuhnya

diselubungi pakaian bak ditiup angin sambil

membawa mesej kemenangan, penawanan, dan

kejayaan daripada dewa-dewa. Dia mempunyai

sayap yang melambangkan kepantasan dan

kurniaannya, yakni boleh terbang. Ritma komposisi

patung ini bergelombang, mungkin

melambangkan perjalanan yang sukar untuk

mencapai kemenangan.

Pengukir patung ini tidak diketahui, tetapi

sarjana mentarikhkan patung ini diukir sekitar

tahun 180 S.M. Patung ini kini ditempatkan di

Louvre, Paris.

UMUM 
ABDUL HAMID BIDIN, TAN SRI

Abdul Hamid Bidin, Tan Sri (1918-1996)

Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia yang

kedua (1969–1970). Dia mengetuai tentera Malaysia

yang berkhidmat di bawah Panji-panji Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu di Congo pada bulan Mac

1962. Dia adalah antara kumpulan 17 yang menyertai

Perbarisan Kemenangan (Victory Parade) di

London. Abdul Hamid memulakan

perkhidmatannya daripada peringkat paling

rendah hingga berjaya menjadi Ketua Turus

Angkatan Tentera pada tahun 1969.

UMUM 
SAMOTHRACE,

Samothrace, juga dikenali sebagai Samothraki,

ialah pulau Yunani yang banyak disebut dalam

mitologi Yunani. Pulau ini meliputi kawasan seluas

178 kilometer persegi di Laut Aegean (lihat Greece

[peta]). Penduduknya berjumlah 2871 orang.

Pelancongan dan keluaran buah zaitun serta buah-

Buahan merupakan industrinya yang utama.

Runtuhan yang dijumpai di Samothrace bertarikh

semenjak tahun 500 S.M. Pada tahun 1863, patung

Winged Victory Samothrace yang masyhur dijumpai

di pulau ini .

UMUM 
SILLITOE, ALAN

Sillitoe, Alan (1928 – ) ialah pengarang dan

penulis drama British yang terkenal dengan novel

pertamanya, Saturday Night and Sunday Morning

(1958) yang mengisahkan perihal kehidupan

masyarakat pekerja kelas bawahan. Kemudian, dia

menghasilkan pula koleksi cerita The Loneliness of

the Long Distance Runner (1959). Cerita utamanya,

yang memberikan judul kepada buku ini,

menonjolkan wawasan minda seorang budak lelaki

yang berada di sekolah boarstal. Sillitoe seterusnya

menulis drama, puisi, beberapa banyak cerita

pendek, dan novel. Antaranya termasuk Three Plays

(1978), The Rats and Other Poems (1960), The

Ragman’s Daughter (1963), dan The Victory (1982).

Saturday Night and Sunday Morning dan The

Loneliness of the Long Distance Runner telah

dijadikan filem dan diminati ramai.

UMUM 

Kembali ke atas