Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
wakaf (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan sedekah, hadiah, derma, sumbangan, pemberian;,
Kata Terbitan : mewakafkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
WAKAF

WAKAF, sesuatu yang disediakan atau diberikan untuk kegunaan orang ramai terutamanya yang berkaitan dengan agama Islam.  Lazimnya pemberian tersebut berupa sebidang tanah.  Sebuah masjid akan didirikan di atas tanah tersebut dan kawasan di sekitarnya diperuntukkan sebagai tanah perkuburan.  Wakaf juga bermaksud bangunan atau pondok yang didirikan di tepi jalan untuk orang ramai berehat dan menunaikan solat.

BUDAYAKonsep
MADRASAH IDRISIYAH

MADRASAH IDRISIYAH, sekolah agama. Madrasah yang didirikan pada tahun 1922 ini dibina di atas sebidang tanah wakaf seluas dua hektar di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Nama madrasah ini mengambil sempena nama Sultan Idris Murshidul Azam Syah (1887-1916). Bagindalah yang menjadi penggerak utama kepada penubuhan madrasah ini.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas