WAN MUHAMMAD WAN IDRIS | WAN MUHAMMAD WAN IDRIS (1825-1919), pembesar dalam kerajaan Pahang. Dia lahir di Bukit Kota, Pahang. Wan Muhammad telah dilantik oleh Bendahara Seri Wak Raja Wan Ahmad sebagai orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai yang keenam (Tun Raja) pada tahun 1882, menggantikan ayahnya Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai Wan Idris bin Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai Wan Muhammad. Dia adalah anak sultan daripada empat orang adik-beradik. Ibunya ialah isteri kedua Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai Wan Idris. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
WAN ABDULLAH WAN PUTEH | WAN ABDULLAH WAN PUTEH, (1927- ), penulis khat. Dia lahir pada 29 Disember 1927 di Padang Kerbau, Kota Setar, Kedah. Wan Abdullah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tandop (Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Mohammad Saman), Alor Setar dari tahun 1937 hingga tahun 1941. Pada tahun 1942, dia belajar di Maktab Mahmud, Alor Setar hingga lulus Syahadah Niha’iyah pada tahun 1950. | BUDAYA | Tokoh |
WAN IDRIS WAN MUHAMMAD | WAN IDRIS WAN MUHAMMAD (1790-an-1882), pembesar dalam kerajaan Pahang. Dia lahir di Bukit Kota, Pahang. Wan Idris telah dilantik sebagai Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai yang kelima (Tuk Raja) menggantikan bapanya, Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai Wan Muhammad I. Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai ialah gelaran bagi jawatan Orang Besar Berempat yang terkanan dan paling berpengaruh dalam sistem hierarki kerajaan Melayu Pahang, selain daripada Orang Kaya Indera Segara, Orang Kaya Indera Pahlawan dan orang Kaya Indera Syahbandar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
WAN HAMZAH WAN MOHAMED SALLEH | WAN HAMZAH WAN MOHAMED SALLEH, TAN SRI (1923- ), Hakim Mahkamah Agung. Dia lahir pada 15 Disember 1923, di Kota Bharu, Kelantan. Wan Hamzah menerima pendidikan awalnya di Majlis Agama Islam Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1936, sebelum melanjutkan pelajarannya di Singapura English School pada tahun 1940, sehingga lulus School Certificate. Dia kemudian mengulang pelajarannya dalam bidang undang-undang di Lincoln’s Inn, London Barister-at-Law pada tahun 1959. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
WAN IBRAHIM WAN SOLOH | WAN IBRAHIM WAN SOLOH, Dato’ (1905-1994), pentadbir dan sejarawan. Dia lahir di Kelang, Selangor. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Langat dan Sekolah Melayu Kelang (1915). Keluarganya yang rapat dengan golongan istana Selangor membolehkan dia diterima belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1920 hingga lulus Senior Cambridge pada tahun 1925. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
HAJI WAN SULAIMAN WAN SIDEK | HAJI WAN SULAIMAN WAN SIDEK (1874 – 1935), ulama dan pendidik. Dia lahir pada tahun 1874 di Mukim Padang Kerbau, Kota Setar, Kedah. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu (1882-1885) di samping belajar mengaji al-Qur’an dan agama. Pada tahun 1889, dia melanjutkan pelajarannya ke Makkah untuk mendalami bidang bahasa Arab, fikah, tafsir (Ulum al-Qur’an) dan ilmu falak. Antara gurunya termasuklah Syekh Mohamad al-Bukhari dan Syekh Mohamad al-Khayar. Sekembalinya dari Makkah pada tahun 1910, dia dilantik sebagai kadi dan kemudian Kadi Besar (1916). Dia juga dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan di Mahkamah Syariah Kedah di samping mengajar al-Qur’an kepada pegawai kerajaan, guru agama dan orang ramai di Masjid Zahir, di Madrasah Limbong Kapal, Alor Setar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
WAN MUTAHIR | WAN MUTAHIR ( ? -1863), Bendahara Seri Maharaja Pahang (1857-1863). Dia ialah putera Bendahara Wan Ali yang telah dinaikkan pangkatnya sebagai Engku Muda pada tahun 1832. Dia dikahwinkan dengan Tengku Chik, puteri Sultan Ahmad, dari Terengganu. Apabila Bendahara Wan Ali meninggal dunia pada tahun 1856, berlaku perang saudara antara anak-anaknya iaitu Wan Mutahir dan Wan Ahmad. Punca perselisihan berpusat pada surat wasiat yang telah dirangka oleh Bendahara Wan Ali sebelum kematiannya. Dia menegaskan bahawa putera kesayangannya, Wan Ahmad akan diberi kuasa mengawal Kuantan dan Sungai Endau. Wan Mutahir yang menaiki takhta pada tahun 1857 dengan gelar Bendahara Seri Maharaja tidak mengendahkan amanah ini. Kegagalan Wan Mutahir menziarahi ayahandanya yang sakit tenat sebelum kematiannya memberikan Wan Ahmad peluang untuk mendapatkan haknya. Dikatakan bahawa Wan Mutahir adalah anak seorang gundik dan sebab itu dia tidak berhak menuntut takhta kerajaan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
WAN MAT SAMAN | WAN MAT SAMAN (1830-an-1898), pentadbir. Nama penuhnya ialah Wan Muhammad Saman bin Wan Ismail. Dia lahir di Alor Janggus, Alor Setar. Dia berketurunan keluarga pembesar negeri. Datuknya yang bergelar Dato’ Seri Paduka Raja Laksamana pernah menjadi Menteri Keempat Kedah, sementara ayahnya Wan Ismail pernah dilantik sebagai salah seorang penasihat utama kepada Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Syah (1853-1879). Wan Ismail juga tokoh yang bertanggungjawab menaikkan Sultan Ahmad Tajuddin ke atas takhta. Hubungan Wan Ismail dan anaknya Wan Mat Saman dengan Sultan Ahmad Tajuddin bertambah rapat lagi apabila sultan berkahwin dengan Wan Hajar, kakak kepada Wan Mat Saman. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
AL-JAWHAR AL-MAWHUB | AL-JAWHAR AL-MAWHUB’, kitab tasawuf yang dikarang oleh Haji Wan Ali bin Wan Abdul Rahman (Wan Ali Kutan) yang berasal dari Kampung Kutan, Kota Bharu, Kelantan. | SASTERA | Konsep |
SYEIKH DAUD ABDULLAH AL-FATANI | Syeikh Daud Abdullah al-Fatani ( ?–1847), ulama dan pengarang kitab. Nama sebenarnya ialah Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah bin Wan Idris al-Pattani. Dia ialah tokoh ulama dalam bidang fiqh, usuluddin dan tasawuf. Dia adalah ulama yang terkemuka di Nusantara. | UMUM | |