Sibawayh (148–188 H. / 769–804 M.), pelopor nahu Arab dan pakar bahasa. Nama penuhnya ialah Abu Bishr ‘Amru ibn ‘Uthman ibn Qanbar. Dia merupakan antara orang terawal menyusun ilmu tatabahasa Arab serta penulis buku ‘al-Kitab’. Sebenarnya, ‘Sibawayh ‘ ialah perkataan Parsi yang bermaksud ‘wangian epal‘. Ada pendapat yang mengatakan bahawa ibunya memberi nama timangan tersebut sewaktu dia masih kecil. Dia berbangsa Parsi dan berasal dari bandar al-Baidha’ dan membesar di Basrah. Walaupun begitu, ulama berselisih pendapat tentang tarikh kelahiran dan kematiannya yang sebenar. |