Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEKAT WAP

Sekat wap atau sekat stim berlaku dalam enjin

petrol apabila sebahagian daripada petrol

mendidih dalam sistem bekalan bahan api. Enjin

yang panas berlebihan boleh menyebabkan

pendidihan, atau pengewapan , bahan api. Ini

mengurangkan amaun minyak yang dipam ke

enjin, kerana wap (stim) mengambil lebih banyak

ruang daripada cecair. Enjin tidak berjalan dengan

betul, atau terhenti sehingga petrol yang

diwapkan menyejuk dan bertukar menjadi cecair.

Sekat wap paling kerap berlaku semasa

pendakian yang lama, curam pada hari panas, atau

apabila memperlahankan kereta dengan tiba-tiba

selepas dipandu dengan teruk.

UMUM 
LAMPU WAP UMUM 
KELEMBAPAN

Kelembapan ialah istilah yang memerikan

amaun wap air dalam udara. Kelembapan berbeza-beza

mengikut suhu dan tekanan udara. Semakin

panas udara, semakin banyak wap air boleh

ditampung. Apabila udara mengandungi sebanyak

wap air yang boleh ditampung pada suhu dan

tekanan tertentu, udara dikatakan tepu dengan wap

air.

UMUM 
DANDANG

Dandang ialah bekas logam untuk memanaskan

cecair hingga berubah menjadi wap. Kebanyakan

dandang memanaskan air menjadi stim wap. Stim

digunakan untuk memanaskan suhu bangunan.

UMUM 
SAUNA

Sauna ialah sejenis permandian khas untuk

membersihkan badan dan bersantai. Ia

mengeluarkan peluh melalui kaedah wap.

Perkataan sauna juga merujuk kepada bilik atau

bilik mandi tempat orang mandi wap. Sauna

menjadi tradisi di Finland selama lebih 1000 tahun.

Di tempat-tempat lain pula, ia menjadi ciri di

kebanyakan kelab kesihatan, hotel, dan tempat

peranginan.

UMUM 
KARBURETOR

Karburetor ialah sebahagian daripada enjin

petrol. Ia membekalkan campuran wap petrol dan

udara yang dibakar di dalam silinder enjin.

UMUM 
MANOMETER

Manometer ialah sejenis alat yang digunakan

untuk mengukur tekanan gas atau wap.

UMUM 
AITKEN, JOHN

Aitken, John (1839–1919), ahli kaji cuaca Scotland

yang mendapati bahawa wap air di atmosfera tidak

akan memeluwap untuk membentuk awan kecuali

jika terdapat debu.

UMUM 
MINYAK ATAR

Minyak atar, juga dikenali sebagai otto, iaitu

minyak pati yang didapati dengan melalukan wap

pada kelopak bunga. Minyak pati memberi

kewangian kepada bunga tertentu. Minyak atar

digunakan untuk memberikan bau kepada minyak

wangi dan kosmetik. Kebanyakan minyak atar

didapati daripada bunga ros. Minyak atar daripada

bunga ros dihasilkan terutamanya di Bulgaria.

Sebanyak kira-kira 1800 kilogram kelopak bunga

ros menghasilkan 0.5 kilogram minyak atar

daripada bunga ros. Pembuat minyak wangi

menghargai minyak atar ros dari Bulgaria kerana

bau bunganya yang kuat dan harum.

UMUM 
SINAR ULTRAUNGU

Sinar ultraungu ialah bentuk cahaya yang tidak

boleh dilihat dengan mata kasar, yang terletak

betul-betul melepasi penghujung warna ungu

kebiruan dalam spektrum cahaya tampak.

Matahari ialah sumber semula jadi utama sinar

ultraungu. Kilat, atau sebarang percikan elektrik

yang lain di udara juga mengeluarkan sinar

ultraungu. Sinar ini boleh dihasilkan secara tiruan

dengan melalukan arus elektrik melalui satu gas

atau wap seperti wap merkuri. Sinar ultraungu

boleh menyebabkan selaran matahari.

Pendedahan yang berlebihan terhadap sinar ini

boleh menyebabkan kanser kulit. Sinar ultraungu

juga memusnahkan organisma yang berbahaya

dan mempunyai manfaat yang lain.

UMUM 
123

Kembali ke atas