RILEY, JAMES WHITCOMB | Riley, James Whitcomb (1849–1916) ialah warganegara Amerika Syarikat yang terkenal sebagai Pemuisi Hoosier . Dia banyak menulis puisi dalam bahasa Inggeris asli tetapi puisinya yang paling popular, ditulis dalam dialek tempat lahirnya, Indiana. Ini termasuklah “When the Frost is on the Punkin”, “Out to Aunt Mary’s” dan “Little Orphan Annie”. Karya ini mengandungi unsur jenaka ringan, kehibaan, dan sentimen. Puisi Riley diterbitkan dalam beberapa koleksi, termasuk The Old Swimmin’-Hole, dan Leven More Poems (1883), Rhymes of Childhood (1890), Poems Here at Home (1893), dan Book of Joyous Children (1902). | UMUM | |
PRAETOR | Praetor ialah pegawai undang-undang pada zaman Rom. Warganegara akan membawa aduan kepada praetor. Praetor yang memutuskan aduan manakah yang mempunyai alasan yang kuat, dan menyerahkannya kepada hakim untuk diadili. | UMUM | |
AEROPAGUS | Areopagus ialah majlis tertua dan paling dihormati pada zaman Athens purba. Warganegara ternama yang memegang jawatan sebagai archon, salah satu jawatan tertinggi di negara kota Athens, ialah anggota Aeropagus seumur hidup. Pada sejarah awal Athens, Areopagus mempunyai kuasa pentadbiran dan kuasa perlembagaan. Kira-kira pada tahun 600 S.M., sebuah kumpulan baru, Majlis Empat Ratus mengambil alih banyak tugas Areopagus. Kira-kira tahun 450 S.M., kebanyakan tugas dan keistimewaan Areopagus dipindahkan ke mahkamah awam. Tetapi Areopagus masih mengadili kes bunuh dan masih berkuasa untuk mendenda rakyat yang didapati bersalah kerana boros, biadab atau melampau. Majlis archon dinamai sempena nama Aeropagus atau Hill of Ares, iaitu tempat majlis itu bermesyuarat. Lihat juga Solon . | UMUM | |
PASPORT | Pasport ialah dokumen perjalanan yang menjadi pengenalan diri bagi pemegangnya sebagai warganegara negara yang mengeluarkan dokumen tersebut. Pasport juga meminta negara lain memberikan laluan yang selamat dan segala bantuan dan perlindungan undang-undang kepada pemegangnya. Kadang-kadang pasport hendaklah mempunyai visa (pengesahan rasmi) dari negara yang hendak dikunjungi oleh seseorang sebelum dia dibenarkan masuk ke negara tersebut (lihat Visa). | UMUM | |
LIBERIA | Liberia ialah sebuah negara di pantai barat Afrika. Ia merupakan negara merdeka yang kedua tertua di dunia yang kebanyakan penduduknya terdiri daripada warganegara kulit hitam. Negara merdeka yang tertua ialah Haiti. Liberia ditubuhkan pada tahun 1822 oleh hamba abdi yang telah dibebaskan dan dihantar ke sini oleh masyarakat penjajah di Amerika Syarikat. Hamba abdi yang dibebaskan ini disertai oleh hamba abdi lain yang dibebaskan daripada kapal hamba abdi yang menuju ke Amerika Syarikat. Nama Liberia berasal daripada perkataan Latin yang bermakna Tanah Bebas. | UMUM | |
SHEARES, BENJAMIN HENRY | Sheares, Benjamin Henry (1907–1981), Doktor yang terkemuka dan berkhidmat sebagai presiden kedua Singapura dari tahun 1971 hingga tahun 1978. Dia merupakan warganegara Singapura pertama berpengkhususan dalam bidang kesihatan wanita dan menjadi terkenal di negaranya sebagai “bapa obstetrik dan ginekologi moden”. Lihat Obstetrik dan ginekologi. | UMUM | |
KHURSHID AHMAD | Khurshid Ahmad (1343 H– /1924 M– ). Khurshid ialah pengarang dan tokoh penyelidik Islam. Dia ialah warganegara Pakistan. | UMUM | |
DEWAN BURGESS | Dewan Burgess ialah sebuah badan perwakilan perundangan yang pertama di Amerika dan mana-mana tanah di jajahan Inggeris. Ia bersidang buat kali pertamanya di Jamestown, dahulunya ibu negeri Virginia, pada 30 Julai 1619. Gabenor Sir George Yeardley mengadakan mesyuarat tersebut, dan disertai oleh dua warganegara atau burgess dari setiap 11 borough (subbahagian) Virginia. | UMUM | |
OLMSTED, FREDERICK LAW | Olmsted, Frederick Law (1822–1903) ialah arkitek landskap, perancang bandar, dan penulis isu sosial Amerika. Kerjaya Olmsted dibentuk oleh konsepsinya tentang masyarakat bertamadun. Melalui reka bentuk landskap dan tulisannya, Olmsted cuba menyusun semula bentuk bandar dan subbandar Amerika, dan menggalakkan pekerti halus dan budaya yang pada pandangannya mampu diperoleh oleh warganegara sesebuah republik. | UMUM | |
RUKUN NEGARA | RUKUN NEGARA, ideologi negara yang dirumuskan sebagai norma hidup warganegara Malaysia berbilang kaum bagi mencapai konsensus baru dan perpaduan nasional ekoran Peristiwa 13 Mei 1969. Rukun Negara diumumkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 sebelum pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |