SUMAZAU | Kapsyen1"> :1"> Tarian Sumazau SUMAZAU, tarian tradisi dan warisan budaya suku kaum Dusun-Kadazan. Istilah ‘samazau’ sering digunakan untuk tarian tradisi suku kaum Dusun di daerah Membakut, Papar dan Penampang. Bagi suku kaum Dusun Suang Lotud di daerah Tuaran dan Dusun Kuala Penyu, tarian ini dinamakan sumayau atau madsayau. Bagi suku kaum Dusun di daerah Ranau, Kota Belud dan Kuda pula, tarian ini lebih dikenal sebagai tarian mengigol (mongigol). | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
PEMANCA | 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PEMANCA, satu gelaran atau jawatan penting dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Brunei. Bagi Negara Brunei Darussalam, gelaran pemanca wujud dalam sistem pentadbirannya sejak pemerintahan Kesultanan Melayu Islam pada awal abad ke-13. Mengikut salasilah raja-raja Brunei, gelaran Pangeran Pemanca mula diadakan pada masa pemerintahan Sultan Hassan (m.m. 1582 – 1598). Sebelum baginda, gelaran wazir yang ada warisan daripada Sultan Muhammad Syah (Awang Alak Betatar) ialah bendahara dan temenggung. Sultan Hasan menambah dua orang lagi wazir, iaitu Pengeran Digadong dan Pangeran Pemanca. Daripada bukti lisan dan Syair Awang Semaun, gelaran pangeran sebelum gelaran wazir mungkin diterapkan dalam adat diraja Brunei sezaman dengan Sultan Muhammad Syah. Gelaran itu dipercayai adalah pengaruh Majapahit di Jawa. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
ADAT PERPATIH | ADAT PERPATIH, sistem sosiobudaya tradisional yang lengkap, terdapat di kalangan masyarakat Melayu di Negeri Sembilan dan Naning (Melaka) dan merupakan warisan daripada sistem sosiobudaya yang datang dari wilayah Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia. 1"> | BUDAYA | Konsep |