OPAL | Opal ialah batu permata yang mengandungi warna-warna pelangi. Ia terdiri daripada silikon dan oksigen, iaitu unsur yang ditemui dalam pasir biasa. Warna latar opal mungkin hitam, biru, coklat, kelabu, atau putih. Opal mempamerkan warna yang berkilauan apabila terkena cahaya yang terang. | UMUM | |
WARNA | WARNA, sesuatu yang mencerminkan struktur sosial secara simbolis dan mempunyai pengertian tertentu dari segi magis dan perubatan. Dalam budaya Melayu, warna sangat rapat dengan alam persekitaran semula jadi. Selain warna-warna dasar seperti putih, hitam, merah, biru atau kuning, terdapat beberapa cahaya warna yang menghampiri warna-warna dasar itu. Biasanya istilah cahaya adalah mengikut kepekatan dan kecairan warna itu, iaitu sama ada tua atau muda, maka terdapatlah warna seperti merah tua atau merah muda, dan kuning tua atau kuning muda. Di samping itu, terdapat cahaya warna yang diistilahkan mengikut apa yang dilihat pada alam semula jadi, terutamanya tumbuh-tumbuhan seperti merah pulasan daripada warna buah pulasan, kuning kunyit, daripada warna kunyit dan hijau pucuk pisang, cahaya yang menyerupai warna pucuk pisang. Lembayung, pinang masak, biji remia, biji asam, bunga keduduk dan kulit manggis adalah istilah bagi warna tertentu daripada tumbuh-tumbuhan. Unsur –unsur lain daripada alam semesta adalah seperti tanah liat (kuning), laut (biru), batu (merah), darah-darah ikan (merah) atau asap (kelabu). Semua istilah ini mencerminkan pandangan hidup orang Melayu. | BUDAYA | Konsep |
TIGA WARNA | Tiga warna ialah bendera kebangsaan Perancis. Ia mempunyai warna merah, putih dan biru dengan jalur menegak. Ketiga-tiga warna itu digunakan sebagai lambang Perancis pada 17 Julai 1789 semasa Revolusi Perancis. Raja Louis XVI tiba ke Perancis selepas kejatuhan Bastille. Dia meletakkan simpulan reben tiga warna di topinya sebagai melambangkan sifat patriotiknya. Merah dan biru ialah warna rasmi Paris dan putih adalah warna keluarga diraja. Selepas keluarga diraja berkuasa semula pada tahun 1814, ia menolak tiga warna. Tetapi tiga warna sekali lagi menjadi bendera kebangsaan Perancis pada tahun 1830. | UMUM | |
BUTA WARNA | Buta warna yang kadangkala dikenali dengan istilah daltonisme ialah ketakbolehan membezakan kesemua warna. Kebolehan untuk melihat warna berpunca daripada sel penglihatan khusus, yang dinamakan kon, yang terdapat pada retina mata. Seseorang yang normal penglihatan warnanya mempunyai tiga jenis kon, dan setiap jenis kon itu peka terhadap warna yang berbeza. Orang yang buta warna tidak mempunyai satu, atau dua, atau kesemua jenis kon ini. | UMUM | |
ÅNGSTRÖM, ANDERS JONAS | Ångström, Anders Jonas (1817–1874), ahli fizik dan ahli falak Sweden dan merupakan salah seorang pelopor sains spektroskopi . Sains ini melibatkan pengkajian tentang cahaya dengan menyebarkannya ke dalam spektrumnya (warna-warna unsur). | UMUM | |
WARNA SUASANA | WARNA SUASANA, kumpulan puisi karya Masuri S.N. Kumpulan puisi yang mengandungi 91 buah puisi ini diterbitkan pada tahun 1962 oleh Oxford University Press, Kuala Lumpur. Melalui Warna Suasana, Masuri S.N. memberikan kesan seorang penyair yang gelisah dan kurang gembira, keluhannya terhadap kesementaraan dan kepalsuan hidup, dan keharuannya terhadap penderitaan manusia. Di samping itu terlihat juga kesedarannya yang kuat tentang tugas dirinya sebagai seorang penyair di mana dia harus ‘berwatak jelas’ dan ‘berotak waras, dan untuk menyampaikan amanatnya dia harus menerima apa sahaja penghinaan yang datang. Ini dapat dilihat dalam puisi “Sebagai Penyair”. | SASTERA | Konsep |
TERRACOTTA | Terracotta ialah sejenis barang tembikar yang keras dan tahan lama. Seperti barang tembikar yang lain, terracotta dibuat daripada sejenis tanah liat yang dibakar. Warnanya berbagai-bagai, iaitu daripada warna kuning pucat dan warna coklat hinggalah kepada berbagai-bagai warna merah. Terracotta biasanya tidak diglis. Terracotta digunakan dengan meluas untuk membuat pasu bunga, air pancut, jubin, hiasan seni bina, dan arca hiasan taman. Oleh sebab terracotta mudah dibentuk, ramai pengarca menggunakannya untuk membuat model awal. Terracotta berkembang pada zaman prasejarah. Orang Yunani dan Rom purba menggunakan bahan ini untuk membuat objek hiasan, di samping talang, paip, dan bahan binaan lain. Perkataan terracotta berasal daripada perkataan Itali yang bermaksud “tanah masak”. | UMUM | |
ANEKA WARNA | ANEKA WARNA, majalah pengetahuan am yang diterbitkan pada bulan Oktober 1954 oleh Qalam Press Limited, Singapura. Pengarangnya ialah Syed Abdullah bin Abdul Hamid al-Edrus (Ahmad Lufti). Majalah bulanan ini diterbitkan dalam tulisan Jawi dengan berukuran 17 cm x 12 cm. Keluaran pertamanya mengandungi 66 halaman, kemudian ditambah menjadi 90 halaman. | SASTERA | Konsep |
SALPIGLOSIS | Salpiglosis ialah tumbuhan dalam famili kentang. Ditanam sebagai tumbuhan laman, ia berkaitan dengan petunia. Seperti petunia, salpiglosis mempunyai bunga berbentuk trompet, tetapi berwarna lebih menarik lagi. Warnanya berbagai-bagai, termasuk merah tua, samar, ungu, jingga keperangan, jingga kesumba, kuning dan putih. Kelopaknya mempunyai kilauan yang kebalduan dan biasanya berjalur-jalur kuning atau warna-warna lain. Salpiglosis adalah tumbuhan tahunan. Ia tumbuh setinggi lebih kurang 46 sentimeter dan mempunyai beberapa bunga dekat bahagian atas setiap ranting. Pengelasan saintifk. Salpiglosis tergolong dalam famili nightshade, Salonaceae. Ia adalah Salpiglossis sinuata . | UMUM | |
MERAH SENDUDUK | Merah senduduk ialah warna ungu pucat atau pewarna ungu yang lembut warnanya. Pada tahun 1856, W.H. Perkin, ahli kimia Inggeris menemui bahawa pengoksidaan anilina dan kalium dikromat menghasilkan pewarna merah senduduk (lihat Pengoksidaan). Warna merah senduduk ialah campuran bahan yang diterbitkan daripada fenazina. Ini merupakan warna sintetik yang pertama yang diperoleh daripada tar batu arang. | UMUM | |