MOLASES | Molases ialah sirap yang pekat, manis, melekit. Warnanya kekuningan atau perang tua. Molases digunakan untuk membru, memasak, membuat gula-gula, menyuling alkohol, dan sebagai makanan haiwan ternakan. | UMUM | |
MERAH SENDUDUK | Merah senduduk ialah warna ungu pucat atau pewarna ungu yang lembut warnanya. Pada tahun 1856, W.H. Perkin, ahli kimia Inggeris menemui bahawa pengoksidaan anilina dan kalium dikromat menghasilkan pewarna merah senduduk (lihat Pengoksidaan). Warna merah senduduk ialah campuran bahan yang diterbitkan daripada fenazina. Ini merupakan warna sintetik yang pertama yang diperoleh daripada tar batu arang. | UMUM | |
ZAMRUD | Zamrud ialah batu permata berwarna hijau yang merupakan varieti mineral beril. Warnanya hijau disebabkan kehadiran sedikit kromium dalam hablurnya. | UMUM | |
PRONGHORN | Pronghorn ialah haiwan berhuf yang hidup di Amerika Utara. Badannya gempal, telinganya besar, kakinya kurus dan ekornya pendek. Warnanya berbeza-beza daripada perang cerah hingga kepada perang kemerahan. Ia mempunyai sedikit bulu putih pada bahagian bawah, pinggul, sisi muka dan lehernya. | UMUM | |
SOTONG KURITA BERJALUR BIRU | Sotong kurita berjalur biru biasanya terdapat di sepanjang pantai selatan Australia. Ia boleh dikenali dengan warnanya yang berjalur biru. Diameternya kira-kira empat sentimeter hingga enam sentimeter. Ia mempunyai muncung bak paruh burung nuri dan kadangkala ia menggigit manusia. Bisa daripada kelenjar liurnya kemudian masuk ke dalam luka. Beberapa orang telah mati kerana digigit oleh sotong kurita ini. Gigitannya biasanya tidak menyakitkan. Tompok kecil darah pada kulit apabila sotong kurita ini disingkirkan adalah satusatunya tanda bahawa mangsa telah digigit. Kesan bisa yang pertama ialah rasa kebas. Mangsa biasanya berhenti bernafas, memerlukan resusitasi (pernafasan) mulut-ke-mulut sehingga dua atau tiga jam. Rawatannya sama seperti rawatan untuk gigitan ular. Tiada antivenen tertentu bagi gigitan oleh sotong. | UMUM | |
ROSIN | Rosin ialah resin yang diambil daripada beberapa jenis pokok pain di Amerika Utara dan Eropah. Ia berbeza-beza pada warnanya daripada kuning pucat hingga kepada perang tua dan merah tua. | UMUM | |
NILAM | Nilam, sejenis batu permata yang keras dan jernih. Ia juga adalah sejenis mineral korundum. Nilam yang terkenal ialah nilam biru. Warnanya berpunca dari sejumlah kecil besi dan titanium yang berada di dalam batu. Nilam juga ada dalam pelbagai warna seperti kuning, hijau putih, hitam, ungu dan oren. Nilam bukan biru dinamakan nilam hiasan. Korundum berjenis merah dikenali sebagai delima. | UMUM | |
AZURIT | Azurit ialah mineral yang mengandungi kuprum. Formula kimianya ialah Cu 3 (CO 3 ) 3 (OH) 2 . Ia dinamakan azurit kerana warnanya biru azure. Ia biasanya dijumpai bercampur dengan mineral kuprum hijau yang dikenali sebagai malakit . Walaupun ia mungkin merupakan bijih kuprum yang tidak penting di peringkat awal kerja melombong kuprum, azurit digunakan terutamanya dalam barang kemas. Pigmen biru azurit pernah digunakan dalam lukisan. Sumber utama hablur azurit ialah Tsumeb dan Namibia. tetapi, hablur azurit yang paling sempurna datang dari Chessy, Perancis. Lihat juga Mineral (gambar: Azurit). | UMUM | |
SALVIA | Salvia ialah sekumpulan tumbuhan yang tumbuh di kawasan sederhana dan kawasan panas di dunia. Salvia mempunyai bunga berbibir dua yang berbeza-beza warnanya daripada putih dan kuning pucat hingga kepada biru, ungu dan merah marak (scarlet). Pekebun menggunakan banyak jenisnya sebagai tumbuhan hiasan, termasuk sage merah marak, yang mempunyai bunga merah terang. Ia berasal dari Brazil, tetapi ditanam di bahagianbahagian lain di dunia. Sage taman yang digunakan untuk memperisa makanan ialah salvia. Lihat juga Sage. Pengelasan saintifik. Salvia adalah dalam famili pudina, Labiatae (Lamiaceae), genus Salvia . Sage merah marak ialah spesies S. splendens dan sage taman ialah S. officinalis . | UMUM | |
TERRACOTTA | Terracotta ialah sejenis barang tembikar yang keras dan tahan lama. Seperti barang tembikar yang lain, terracotta dibuat daripada sejenis tanah liat yang dibakar. Warnanya berbagai-bagai, iaitu daripada warna kuning pucat dan warna coklat hinggalah kepada berbagai-bagai warna merah. Terracotta biasanya tidak diglis. Terracotta digunakan dengan meluas untuk membuat pasu bunga, air pancut, jubin, hiasan seni bina, dan arca hiasan taman. Oleh sebab terracotta mudah dibentuk, ramai pengarca menggunakannya untuk membuat model awal. Terracotta berkembang pada zaman prasejarah. Orang Yunani dan Rom purba menggunakan bahan ini untuk membuat objek hiasan, di samping talang, paip, dan bahan binaan lain. Perkataan terracotta berasal daripada perkataan Itali yang bermaksud “tanah masak”. | UMUM | |