Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.sit]/[wa.sit] | وسيط

Definisi : Ar 1. sl orang tengah (dlm perniagaan dll), pengantara; 2. orang yg meleraikan (orang berkelahi dll), pelerai, pendamai; 3. pengadil (dlm pertandingan bola sepak dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
wasit (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan pengantara: perantara, penghubung, penengah, telangkai, orang tengah,

2. Bersinonim dengan pelerai: pemisah, pendamai, pengaman.,



Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUTAWAKKIL ‘ALALLAH, AL-

Mutawakkil ‘Alallah, al- (207 H.–247 H./822 M.–

861 M.), khalifah kerajaan Abbasiyyah. Nama

penuhnya ialah Ja‘far ibn al-Mu‘tasim ibn al-Rashid

ibn Muhammad al-Mahdiy ibn al-Mansur al-

‘Abbasiy. Dia lahir di Famm al-Sulh (sebuah

kampung di tebing Sungai Dajlah yang berdekatan

dengan sebuah tempat yang bernama Wasit).

Ibunya bernama Shuja‘ yang berasal daripada

Khawarizm. Al-Mutawakkil ‘Alallah telah dididik

oleh ibunya untuk mewarisi takhta kerajaan. Dia

dilantik sebagai khalifah selepas abangnya al-

Wathiq (232 H./847 M.). Pada zaman

pemerintahannya, dia dikenali sebagai pelopor era

baru dalam kerajaan Abbasiyyah, yang dikenali

sebagai Zaman Abbasiyyah yang Kedua. Pada

zaman itu, orang-orang Turki menguasai

kedudukan dalam kerajaan terutama dalam

ketenteraan dan pentadbiran.

UMUM 

Kembali ke atas