Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.tan]/[wa.tan] | وطن

Definisi : Ar tanah air, tanah tumpah darah: rela berkorban utk berbakti kpd ~; kewatanan semangat utk membela nasib bangsa dan negara: faham kebangsaan Melayu berdasarkan ~, rasa kemanusiaan, dan persaudaraan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.tan]/[wa.tan] | وطن

Definisi : tanah tumpah darah; tanah air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata watan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
A.M. AZAHARIA.M. AZAHARI (1928-   ), pemimpin Parti Rakyat Brunei.  Dia lahir di Pulau Labuan, Sabah.  Dia berketurunan Arab-Melayu dan menganggap dirinya anak watan Brunei. SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
VICTORIA INSTITUTION

VICTORIA INSTITUTION, sekolah menengah yang tertua di Kuala Lumpur.  Victoria Institution atau Sekolah Menengah Victoria ditubuhkan hasil daripada kesedaran beberapa orang kenamaan seperti Yap Kwan Seng, Loke Yew dan Thamboosamy Pillay tentang perlunya pendidikan untuk anak-anak watan di negeri Selangor.  Mereka telah mendesak W.H. Treacher, Residen British Selangor, agar lebihan wang kutipan sempena sambutan Jubli Emas Ratu Victoria pada tahun 1887 digunakan untuk tujuan tersebut.  Cadangan mereka disambut baik oleh Sir Frank Swettenham, Residen Jeneral, tetapi wang kutipan berjumlah $3,188 itu tidak mencukupi.  Derma kedua dilancarkan lalu berjaya mengumpul sebanyak $10,753 dan kerajaan Selangor pula memperuntukkan sebanyak $7,000.  Sultan Abdul Samad turut menyumbang sebanyak $1,100.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MUHD. MANSUR ABDULLAH MUHD. MANSUR ABDULLAH (1945-    ), penulis dan sarjana. Dia lahir pada 21 Februari 1945 di Kampung Sungai Durian, Teluk Intan, Perak. Muhd. Mansur memakai beberapa nama pena seperti M.Ashikin, Bang Seman, M.Masriah, Mak Uda dan Kak Nab untuk ruangan pojok ”Tanjung Oh Tanjung” dalam akhbar Mingguan Timur, ”Paku Karat” dalam akhbar Watan dan majalah Alam Wanita. Dia mendapat pendidikan rendah di Sekolah Melayu Sungai Durian dan Sekolah Umum Batak Rabit, Teluk Intan, Perak. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Anglo Chinese School dan di Goverment English Schol (Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz), Teluk Intan, sebelum terpilih meneruskan pelajarannya di Sekolah Datuk Abdul Razak, Tanjung Malim, Perak. SASTERATokoh

Kembali ke atas