WAU | WAU, alat permainan yang boleh diterbangkan ke udara dengan menggunakan tali. Wau diperbuat daripada kertas atau gentian kain dan buluh. Bentuknya adalah berkepala, bersayap, berekor dan bertali teraju. Wau terdapat dalam pelbagai bentuk dan nama. Antaranya termasuklah wau bulan, wau kekek, wau tukong, wau daun, wau kucing, wau merak, wau payang dan wau sewah. Wau bulan merupakan wau yang paling terkenal dan disukai ramai. Di Johor, Negeri Sembilan dan Selangor, ia lebih dikenali dengan nama layang-layang. Wau yang dimainkan di setiap negeri adalah berbeza, seperti wau helang di Perlis, wau kapal di Selangor, wau pungguk di Terengganu, wau kekek di Johor dan Sabah, wau bawal di Melaka, wau daun atau wau barat di Kelantan, wau bugis di Johor dan wau merak di Negeri Sembilan. | BUDAYA | Permainan/Sukan/Rekreasi |
DAFTAR EJAAN RUMI-JAWI | DAFTAR EJAAN RUMI-JAWI, buku daftar ejaan setebal 198 halaman, yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1988 yang memuatkan perkataan umum dan istilah bahasa Melayu dalam ejaan Rumi dengan padanan ejaan Jawi. Daftar ini bertujuan memenuhi kekurangan sumber rujukan dalam menyelesaikan beberapa masalah ketidakseragaman ejaan Jawi. Sistem ejaan Jawi yang berunsurkan sistem ejaan bahasa Arab yang menekankan huruf saksi (vokal): alif (), wau (), dan ya () telah mengalami perkembangan yang banyak. Antara sistem ejaan Jawi yang terkenal yang menjadi pedoman/panduan masyarakat ialah Sistem Ejaan P.Bm.P.B. Diraja, Sistem Ejaan Za’ba, Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan, dan Sistem Ejaan Dian. | BAHASA | Karya |