Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : wayang drpd patung-patung yg diperbuat drpd kulit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
wayang (kata nama)
1. Bersinonim dengan pertunjukan: persembahan, filem, tayangan, pementasan, permainan, setambul, tonil, rakat, hidangan,

2. Bersinonim dengan patung: kudu, arca, boneka, anak-anakan, ungti, orang-orangan, gambar golek,

Kata Terbitan : mewayangkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
WAYANG KULIT

WAYANG KULIT, seni lakon yang menggunakan watak-watak patung yang digerak-gerakkan.  Asal usul wayang kulit tidak diketahui dengan jelas.  Mengikut Oto Spies, Sabri East Siya Siyavusyil dan William Ridgewary, wayang kulit berasal dari India.  Berhold Lauter mencatatkan bahawa negara China merupakan tempat asal wayang kulit.  Hazeu pula menjelaskan bahawa wayang kulit berasal dari Jawa kerana terdapat perkataan Jawa kuno dalam wayang kulit Purwa.  Ada juga pendapat yang menjelaskan bahawa wayang kulit berasal dari India kerana wayang kulit di Asia Tenggara menceritakan tentang epik Hindu, iaitu Mahabrata dan Ramayana.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
GEDOMBAK

GEDOMBAK, gendang kecil satu muka dan berbentuk labu air. Gedombak digunakan dalam persembahan wayang kulit Siam, mak yong dan menora di Kedah, Kelantan dan selatan Thailand.

BUDAYAAlat/Alatan
CORAK PUCUK REBUNG

CORAK PUCUK REBUNG, sejenis corak dan motif hias dalam kesenian Melayu Nusantara. Sebagai lambang kehidupan, imej pucuk rebung muncul dalam ‘gunungan’ wayang kulit atau puncak Mahameru, mitos keagungan bangsa Melayu. ‘Gunungan’ dalam patung wayang kulit dikenal sebagai ‘pohon hayat’ atau pohon ‘sajaratulyakin’ yang melambangkan ‘semangat kehidupan alam dan manusia’. Di situ terhimpun peristiwa tentang asal usul kejadian manusia. Sebelum kelahiran manusia (Adam), yang ada di muka bumi hanya pohon kayu dan ular (serta binatang dan unggas lainnya). Ukiran pohon hayat dalam wayang kulit diisi penuh dengan kehidupan alam awal itu.

           

BUDAYAProses/Tindak Balas
DALANG

DALANG, pemimpin dan tukang cerita dalam wayang kulit. Dalang juga bertindak sebagai pemain segala peranan dalam cerita wayang kulit dengan menggunakan boneka yang diukir daripada kulit lembu, untuk melambangkan pelbagai watak dalam cerita daripada Ramayana, Mahabharata dan cerita panji. Dalang merupakan tokoh pencerita yang beraksi sambil bercerita, serta turut memainkan boneka tersebut. Dalang juga bertindak sebagai pawang sesuatu persembahan dengan melakukan jampi dan doa untuk keselamatan persembahan.

 

BUDAYAKonsep
TOK PERAK

TOK PERAK, drama karya Syed Alwi. Tok Perak diterbitkan pada tahun 1974 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Drama ini telah memenangi Hadiah Sastera Malaysia tahun 1974 bagi kategori drama. Drama ini mula dipentaskan pada tahun 1975. Tok Perak menggabungkan pelbagai elemen seni iaitu tarian, wayang kulit, wayang gambar dan slaid.

 

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
CERITA WAYANG

CERITA WAYANG, cerita yang dipersembahkan dalam pertunjukan wayang kulit yang dikenal juga sebagai lakon wayang. Cerita wayang bersumberkan cerita pahlawan yang terkenal di India, Ramayana dan Mahabharata.

           

SASTERAKonsep
SENI LAKON

SENI LAKON, semua bentuk seni persembahan yang dilakonkan sama ada di atas pentas, melalui radio, televisyen atau filem.  Oleh itu wayang kulit, makyung, bangsawan, randai, waang wong, purbwara, sandiwara atau citawara, boria, tablo, menora dan teater, semuanya tergolong sebagai seni lakon. Seni lakon bertunjangkan elemen cerita yang dipersembahkan dengan unsur dramatik, iaitu mengandungi elemen konflik, suspens, kembara, silat, nyanyian, tarian, muslihat, dan sebagai daya tarikannya dibantu dengan alat set dan prop serta alat muzik, busana dan tatarias.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
KEKAWIN

KEKAWIN, cerita berirama. Kekawin juga dikenal sebagai kakawin (Jawa-kuno) atau kakawen dan kakawian (Sunda). Kekawin selain disenandungkan, biasa pula ditembangkan oleh dalang sewaktu memainkan wayang golek dan wayang kulit atau jenis wayang lainnya di panggung. Jadi cerita ini bertembang yang juga disebut tembang gede (nyanyian, senandung besar). Tembang gede itu dalam kitab-kitab kuno masih menurut syarat-syarat Hindu, dengan jalan irama yang tetap dan tidak boleh berubah sedikit pun.

SASTERADrama/Filem/Teater/Persembahan
TUK SELAMPITTUK SELAMPIT, tukang cerita atau penglipur lara di Kelantan.  Di tempat-tempat tertentu ia dikenal juga dengan panggilan raja dera, kerana kebanyakan tuk selampit gemar membawa cerita sedih tentang seorang raja yang didera.  Cerita yang disampaikan oleh tuk selampit kadangkala merupakan adunan cerita makyung dan menora.  Ada juga cerita yang dipetik daripada main peteri.  Malah penceritaan tuk selampit memperlihatkan gaya yang merupakan campuran gaya penyampaian makyung, menora, wayang kulit dan main peteri.  Hal ini tidak dapat dielak memandangkan semua seni pentas tradisi ini berasal dari kawasan yang sama dan berkembang.BUDAYAJawatan/Gelaran

Kembali ke atas