THE WEST COUNTRY | The West Country ialah bahagian barat daya England . Ia merangkumi kaunti Somerset, Devon dan Cornwall. Sesetengah orang turut memasukkan Avon dan Gloucestershire. The West Country pada keseluruhannya ialah kawasan luar bandar yang rendah. Pertanian dan pelancongan ialah pekerjaan utama, tetapi kawasan ini mempunyai pelbagai jenis industri pembuatan, perlombongan dan kejuruteraan. | UMUM | |
SACKVILLE-WEST, VICTORIA MARY | Sackville-West, Victoria Mary (1892–1962) ialah penulis wanita Inggeris. Bukunya menggambarkan latar belakang keluarganya, daripada golongan bangsawan luar bandar. Dia sering dikenali sebagai Vita Sackville-West. Novelnya yang terkenal, The Edwardians (1930), menyelidik kehidupan kelas atasan orang Inggeris semasa pemerintahan Edward VII pada awal tahun 1900-an. Dengan berlatarbelakangkan kawasan luar bandar, buku tersebut cuba menggambarkan aspek sosial dan emosi pada masa tersebut. Dia juga menulis tentang kehidupan luar bandar dalam novel All Passion Spent (1931) dan The Dark Island (1934); dalam buku bukanfiksyen Country Notes (1939), English Country Houses (1941) dan In Your Garden (1951); dan dalam banyak puisi. Buku puisinya yang terkenal ialah The Land (1929). | UMUM | |
NORTH WEST | North West ialah satu daripada sembilan provinsi di Afrika Selatan. Ia disempadani oleh Botswana di utara. Provinsi ini ditubuhkan pada 27 April 1994. Ia termasuk bahagian bekas provinsi Transvaal dan Cape dan kebanyakan bekas tanah air Bophuthatswana . Mmabatho ialah ibu provinsi North West. Bandar utama dan pekannya adalah Mafikeng, Kelrksdorp, Potchefstroom, dan Rustenburg. | UMUM | |
KEY WEST | Key West, Florida (pend. 24 832) ialah bandar paling selatan di benua Amerika Syarikat. Bandar ini terletak di sebuah pulau batu karang lebih kurang 160 kilometer di sebelah barat daya tanah besar. | UMUM | |
MMABATHO | Mmabatho ialah ibu provinsi North West di Afrika Selatan. Mmabatho terletak kira-kira 25 kilometer ke selatan sempadan Bostwana dengan North West. Mmabatho bererti “Ibu kepada Penduduk”. Bandar ini ialah pusat kerajaan Bophuthatswana yang menyertai Afrika Selatan pada tahun 1994. Kini Mmabatho ialah pusat petempatan, pentadbiran, dan komersial. Lihat North West. | UMUM | |
SPENGLER, OSWALD | Spengler, Oswald (1880–1936) ialah ahli falsafah sejarah Jerman. Dalam The Decline of the West (1918–1922), dia menyatakan bahawa kunci kepada sejarah ialah undang-undang kemasyarakatan dan ketamadunan, yang bangkit dan jatuh dalam kitaran. Menggunakan spekulasi dan rasa hati lebih daripada kaedah sejarah yang tetap, dia merumuskan bahawa tamadun Barat sedang menuju kehancuran [lihat Tamadun (Mengapa tamadun bangkit dan runtuh)]. Spengler lahir di Blankenburg. | UMUM | |
OAKLEY, ANNIE | Oakley, Annie (1860–1926) ialah penembak tepat Amerika yang terkenal (pakar menggunakan senapang) yang membintangi pertunjukan Buffalo Bill’s Wild West selama lebih 16 tahun. Dia dibantu oleh suaminya, Frank Butler, dan lakonannya termasuk menembak duit syiling yang dipegang oleh suaminya atau menembak rokok di mulut suaminya. Oakley juga boleh menembak kad yang dilontarkan ke udara dari sejauh 25 meter. | UMUM | |
PROVINSI UTARA | Provinsi Utara ialah provinsi yang paling utara di Afrika Selatan. Ia berkongsi sempadan negeri dengan Botswana, Zimbabwe, dan Mozambique, dan sempadan provinsi dengan North West, Gauteng, dan Mpumalanga. Provinsi ini diasaskan pada 27 April 1994 sebagai Transvaal Utara. Pada tahun 1995, namanya bertukar menjadi Provinsi Utara. Bandar dan pekan utama ialah Pietersburg, Seshego, Namakgale, dan Mahwelereng. | UMUM | |
NYE, BILL | Nye, Bill (1850–1896), penulis satira lucu Amerika yang popular. Dia menjadi masyhur kerana kemahiran menulis esei dan anekdot (cerita ringkas) tentang pelbagai subjek daripada American West kepada kewartawanan. Nye juga merupakan pensyarah komik yang berjaya. | UMUM | |
SHEPARD, SAM | Shepard, Sam (1943– ), penulis drama dan pelakon filem Amerika. Dramanya yang terkenal menggambarkan masyarakat Amerika sebagai mati, merosot, atau mengalami kemusnahan. Kebanyakan karya Shepard menggabungkan simbolisme dan amalan dengan unsur kebudayaan popular, seperti Wild West, muzik rock, cerita detektif, dan pawagam. Shepard berlakon dalam beberapa buah filem, termasuklah Days of Heaven (1978), Frances (1982), The Right Stuff (1983), dan Country (1984). | UMUM | |