TANJUNG TINGGI WILSON | Tanjung Tinggi Wilson ialah bahagian tanah besar Australia yang paling selatan. Ia terletak di bahagian selatan pantai Victoria. Untuk lokasi, lihat Victoria (peta politik). Tanjung Tinggi Wilson ialah sebahagian daripada semenanjung yang bergunung-ganang yang mempunyai beberapa puncak yang ketinggiannya melebihi 305 meter dari aras laut. Puncak-puncak ini termasuk Gunung Latrobe, Gunung Wilson, Gunung Oberon, Gunung Leonard, Gunung Boulder, Gunung Norgate, dan Gunung Hunter. | UMUM | |
REAGAN, RONALD WILSON | Reagan, Ronald Wilson (1911–2004) ialah Presiden Amerika Syarikat dari tahun 1981 hingga tahun 1989. Dia menganggotai parti Republikan dan pertama kali dipilih ke Rumah Putih pada tahun 1980. Reagan adalah seorang presiden yang popular. Pada tahun 1984, dia memenangi pemilihan semula sebagai presiden setelah mengalahkan calon Demokrat, Walter F. Mondale, dengan majoriti yang besar. | UMUM | |
KEBUK AWAN WILSON | Kebuk awan Wilson ialah alat yang menjadikan laluan zarah subatom yang bercas elektrik boleh dilihat. Ahli sains memeriksa laluan ini untuk menentukan cas, jisim dan halaju zarah. | UMUM | |
SWAN, SIR JOSEPH WILSON | Swan, Sir Joseph Wilson (1828–1914) ialah ahli kimia, jurutera elektrik dan pereka Inggeris yang terkemuka. Pada tahun 1860, dia mencipta lampu elektrik yang menggunakan filamen karbon dalam mentol kaca kosong. Pada tahun 1883, dia mempatenkan lampu yang menggunakan filamen yang bertambah baik yang dibuat daripada selulosa. | UMUM | |
ANDERSON, CARL DAVID | Anderson, Carl David (1905–1991) ialah ahli fizik Amerika yang menemui dua partikel subatomik – positron dan muon . Dia mengenal pasti partikel-partikel ini semasa mengkaji sinaran kosmik dengan bantuan bilik awan Wilson (lihat Sinar kosmik) . Bagi penemuan positron, Anderson berkongsi Hadiah Nobel tahun 1936 bagi kategori fizik dengan Victor F. Hess. | UMUM | |
LIGA BANGSA | Liga Bangsa, satu pertubuhan negara-negara antarabangsa yang ditubuhkan untuk mengekalkan keamanan di kalangan negara-negara di dunia. Negara yang menang dalam Perang Dunia I termasuklah Perancis, Great Britain, Itali, Jepun dan Amerika Syarikat telah merangka satu covenant (perlembagaan) untuk Liga tersebut pada tahun 1919. Liga tersebut telah ditubuhkan pada bulan Januari 1920, dan beribu pejabat di Geneva, Switzerland. Presiden Woodrow Wilson dari Amerika Syarikat merupakan ketua perancang bagi Liga berkenaan tetapi dia tidak berjaya memujuk Amerika Syarikat menyertainya. Liga itu telah dibubarkan pada bulan April 1946 dan digantikan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. | UMUM | |