Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[writ]/[rit] | وريت

Definisi : (Udg) perintah atau proses yg dikeluarkan oleh mahkamah atau pegawai kehakiman meminta mana-mana orang melakukan atau tidak melakukan sesuatu, dan yg mengandungi arahan tentang apa yg patut dibuat; ~ habeas corpus writ yg boleh membebaskan seseorang drpd tahanan yg tidak sah; ~ pilihan raya writ yg dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yg mengandungi arahan menghendaki pegawai pengurus sesuatu bahagian pilihan raya mengambil langkah bagi mengadakan suatu pilihan raya mengikut cara yg ditetap­kan oleh undang-undang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[writ]/[rit] | وريت

Definisi : ist perintah yg dikeluarkan oleh mahkamah atau pegawai kehakiman, yg meminta seseorang utk melakukan sesuatu atau tidak melakukan sesuatu, dan mengandungi arahan ttg apa-apa yg patut dibuat. ~ pilihan raya writ yg dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yg mengandungi arahan menghendaki pegawai pengurus sesuatu kawasan mengambil langkah bagi mengadakan pilihan raya mengikut cara yg ditetapkan oleh undang-undang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata writ


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEPINA

Sepina ialah perintah undang-undang bertulis

atau writ , untuk hadir sebagai saksi dan memberi

testimoni di dalam mahkamah. Perkataan tersebut

berasal daripada dua perkataan Latin, iaitu sub ,

yang bermakna di bawah , dan peona yang

bermakna denda atau penalti . Seseorang yang

menerima sepina hendaklah mematuhinya,

dengan pengertian dia akan menerima penalti

kerana penghinaan mahkamah. Ayat dalam bahasa

Latin yang berbunyi The subpoena duces tecum

(bermakna membawa bersama-sama anda dengan

penalti ) menghendaki seseorang itu membawa ke

mahkamah barang-barang tertentu seperti kertas,

buku, rekod kewangan, atau dokumen yang lain.

Lihat juga Saksi .

UMUM 
KONSTABEL

Konstabel ialah pegawai polis. Konstabel

boleh menangkap orang yang disyaki melakukan

jenayah atau menerima writ.

UMUM 
PERLEMBAGAAN BRITISH

Perlembagaan British ialah rangka kerja

kerajaan dan undang-undang Great Britain.

Perlembagaan ini tidak dinyatakan dalam

sebarang dokumen tetapi terdiri daripada

beberapa piagam yang berasingan, akta parlimen,

keputusan undang-undang, dan adat. Mengikut

undang-undang, Parlimen ialah institusi yang

paling tinggi kedudukannya dan ia boleh

mengubah sebarang peruntukan perlembagaan.

Tetapi, mengikut tradisi, terdapat beberapa

perkara yang tidak dapat diubah oleh parlimen.

Misalnya, rakyat dilindungi daripada sebarang

pemenjaraan yang tidak sah berasaskan writ of

habeas corpus , yang bertarikh dari tahun 1200-an

(lihat Habeas corpus ).

UMUM 

Kembali ke atas