DALING-DALING | DALING-DALING, tarian suku kaum Bajau di Semporna dan suku kaum Suluk di Sandakan, Sabah; dipercayai berasal dari Pulau Mindanao. Tarian ini dibawa oleh orang Suluk yang berhijrah ke Sabah. Disebabkan ada persamaan antara orang Suluk dengan Bajau Laut dari segi adat resam, agama, budaya dan kesenian, wujudlah asimilasi dan saling pengaruh-mempengaruhi sehingga tarian ini seolah-olah menjadi milik suku kaum bajau. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
SAMALINDANG | SAMALINDANG, tarian suku kaum Brunei yang menetap di Sabah. Nama tarian ini diambil daripada dua perkataan iaitu ‘samar’ dan ‘rindang’. Perkataan ‘samar’ bermaksud kurang jelas, kabur dan tersembunyi. Manakala ‘rindang’ pula membawa maksud rindu. Dengan itu wujudlah perkataan samalindang iaitu rindu yang terpendam atau rindu secara sembunyi-sembunyi. Perkataan samalindang sebenarnya wujud daripada perkara samarlindang. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |