SHAMANISME | Kepercayaan wujudnya roh baik dan roh jahat. | AGAMA | Kepercayaan |
MESIR PURBA | Mesir Purba ialah tempat wujudnya salah satu peradaban dunia yang pertama. Kebudayaan yang maju ini muncul lebih kurang 5000 tahun dahulu di Lembah Sungai Nil di bahagian timur laut Afrika. Kebudayaan itu berkembang subur selama lebih 2000 tahun lalu menjadi salah sebuah peradaban yang paling lama bertahan dalam sejarah. | UMUM | |
SENAPANG LANTAK | Senapang lantak ialah senjata api yang digunakan oleh askar infantri sebelum wujudnya raifal yang sempurna. Nama ini pertama kali digunakan di Itali pada tahun 1500-an untuk memerikan pistol yang berat. Ia mungkin berasal daripada perkataan Itali moschetto yang bermakna anak helang atau daripada nama pereka Itali, Moshetta dari Feltro. Sesetengah orang percaya bahawa senapang lantak berasal dari Muscovy, iaitu nama awal Rusia. | UMUM | |
TEOSOFI | Teosofi ialah satu sistem pemikiran falsafah dan agama. Teosofi berdasarkan kepada dakwaan wujudnya pemahaman mistik terhadap sifat Tuhan dan hukum dunia. Pengikut teosofi percaya bahawa pengetahuan yang sebenar berpunca daripada perhubungan terus antara jiwa dan kebenaran suci, dan bukannya melalui logik atau deria. | UMUM | |
PERANAN SOSIAL | Peranan sosial ialah satu set perhubungan antara seseorang dengan orang lain atau anggota kumpulannya. Tingkah laku manusia dalam peranan sosial membolehkan wujudnya kehidupan masyarakat dan ahlinya. Sebagai contoh, individu yang berperanan sebagai seorang pesakit hospital menurut arahan doktor dan bekerjasama dengan kakitangan hospital. Hasilnya, pesakit ini mendapat makanan, ubat-ubatan, dan pelbagai layanan lain daripada segolongan individu. | UMUM | |
PERJANJIAN | Perjanjian ialah persetujuan formal antara dua atau lebih kerajaan yang merdeka. Ia biasanya, dalam bentuk dokumen bertulis tetapi kadangkala dalam bentuk pernyataan lisan yang dipersetujui oleh wakil daripada negara-negara yang terlibat. Sejarah wujudnya perjanjian bermula beratus- ratus tahun dahulu. Seawal tahun 3000 S.M., pemerintah negara-negara purba menandatangani perjanjian dengan kerajaan-kerajaan jirannya. Terdapat pelbagai sebab perjanjian ditandatangani. Sesetengah perjanjian menamatkan peperangan dan ada juga untuk menyelesaikan pertikaian sempadan. Sepanjang sejarah dunia, perjanjian memainkan peranan yang penting dalam hubungan antara negara. | UMUM | |
SURAH AL-RA'D | Surah al-Ra’d ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah ke-13 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 43 ayat. Surah ini dinamakan al-Ra‘d (bunyi guruh) kerana disebut kejadian alam (bunyi guruh) yang ajaib itu di dalam surah ini untuk menunjukkan kehebatan dan kekuasaan Allah S.W.T. Allah S.W.T. menjadikan air sebagai sumber kehidupan yang diturunkan dari awan. Di sebalik kejadian awan itu, tersirat pula dua perkara iaitu rahmat dan bencana kerana ia membawa hujan dan juga petir. Melalui air, wujudnya kehidupan dan melalui petir, wujudnya kebinasaan. | UMUM | |
TENNESSEE | Tennessee ialah negeri di selatan Amerika Syarikat. Nashville , ibu negerinya, merupakan pusat muzik country yang paling terkemuka (lihat Muzik Country ). Peneroka-peneroka Amerika menyeberangi gunung-ganang di Tennessee untuk bermastautin di kawasan gersang. Mereka terkenal sebagai golongan yang bersemangat tinggi dan berani, mereka menubuhkan kerajaan mereka sendiri di kawasan ini, sebelum wujudnya kerajaan lain yang merdeka di Amerika Utara. Kemudian, semasa Perang Saudara Amerika (1861–1865), banyak pertempuran berlaku di Tennessee . | UMUM | |
MISTRAL | Mistral adalah angin utara yang sejuk, kering, dan bertiup kencang dari barat Alps dan penara di selatan Perancis dan keluar ke Mediterranean. Udara yang berat dan sejuk dari tanah tinggi bergerak semakin laju apabila menghampiri udara yang lebih panas dan ringan di atas permukaan laut pada musim sejuk. Keadaan ini menyebabkan wujudnya angin kencang secara tiba-tiba, apabila angin sejuk turun ke aras laut dan angin panas bergerak ke atas. Mistral menyebabkan fros berlaku dan menyebabkan kerosakan tumbuhan. Keadaan ini tidak sesuai bagi ladang anggur di selatan Perancis. Angin mistral lazimnya bertiup selama 100 hari dalam setahun. | UMUM | |
PERISTIWA PETROV | Peristiwa Petrov ialah peristiwa yang dinamakan sempena nama Vladimir Petrov (? – 1991), yang mencetuskan satu kontroversi getir di Australia . Ia bermula pada tahun 1954, apabila Perdana Menteri Robert Menzies mengumumkan bahawa Petrov, seorang pegawai di Kedutaan Soviet di Canberra, Victoria telah memohon untuk mendapatkan suaka politik di Australia. Menzies menyatakan Petrov telah mendedahkan wujudnya suatu kumpulan pengintip Soviet di Australia. | UMUM | |