SURAH AL-KAFIRUN | Surah al-Kafirun ialah salah satu surah <i>Makkiyyahi>, surah yang ke-109 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi enam ayat. Nama surah ini diambil berdasarkan firman Allah S.W.T. yang berbunyi: “<i>Ya Ayyuha al-Kafirun”.i> (<i>Surah al-Kafirun i>109:1) | UMUM | |
DAFTAR EJAAN RUMI-JAWI | DAFTAR EJAAN RUMI-JAWI, buku daftar ejaan setebal 198 halaman, yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1988 yang memuatkan perkataan umum dan istilah bahasa Melayu dalam ejaan Rumi dengan padanan ejaan Jawi. Daftar ini bertujuan memenuhi kekurangan sumber rujukan dalam menyelesaikan beberapa masalah ketidakseragaman ejaan Jawi. 1"> Sistem ejaan Jawi yang berunsurkan sistem ejaan bahasa Arab yang menekankan huruf saksi (vokal): alif (), wau (), dan ya () telah mengalami perkembangan yang banyak. Antara sistem ejaan Jawi yang terkenal yang menjadi pedoman/panduan masyarakat ialah Sistem Ejaan P.Bm.P.B. Diraja, Sistem Ejaan Za’ba, Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan, dan Sistem Ejaan Dian. | BAHASA | Karya |