SAVE THE CHILDREN | Save the Children , pertubuhan bebas, bukan mencari keuntungan, yang berusaha membantu kanak-kanak dengan cara memajukan komuniti di tempat kanak-kanak itu tinggal. Ia menaja program ini di 42 buah negara. Projek Save the Children meliputi program pemakanan dan kesihatan, pembinaan rumah, jalan, sekolah, dan sistem bekalan air. Organisasi ini diasaskan pada tahun 1932. Ibu pejabatnya terletak di Connecticut, Amerika Syarikat. | UMUM | |
PERANG | Perang ialah suatu pertarungan antara dua golongan besar yang berusaha untuk memusnah atau mengalahkan lawan masing-masing. Peperangan ada pelbagai jenis, misalnya peperangan antara dua buah keluarga, kabilah dengan kabilah dan antara pengikut satu agama dengan pengikut agama yang lain. | UMUM | |
PERTUBUHAN HARTA INTELEKTUAL SEDUNIA | Pertubuhan Harta Intelektual Sedunia (World Intellectual Property Organization (WIPO) ialah agensi antarabangsa yang berusaha melindungi hak undang-undang dalam karya kesenian dan kesusasteraan, penciptaan, cap dagang, dan penciptaan asli yang lain. Hak seperti itu dikenali sebagai harta intelektual . Pertubuhan ini mempromosi perjanjian antarabangsa tentang hak cipta, paten, cap dagang, dan penciptaan asli yang lain. Ia juga menyediakan maklumat teknologi dan bantuan lain kepada negara-negara membangun. Pertubuhan ini, dikenali sebagai WIPO, iaitu agensi khas Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu. WIPO mempunyai bilangan keahlian lebih daripada 110 negara. Ibu pejabatnya bertempat di Geneva, Switzerland. | UMUM | |
TABUNG KEWANGAN ANTARABANGSA (IMF) | Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ialah pertubuhan yang dianggotai lebih daripada 150 buah negara yang berusaha untuk menubuhkan satu sistem pembayaran dan perdagangan antarabangsa yang cekap. IMF berusaha untuk membantu negara anggota mencapai pertumbuhan ekonomi yang pantas, tahap guna tenaga yang tinggi dan meningkatkan taraf hidup. IMF bertindak sebagai agensi perunding kewangan antarabangsa dan masalah hutang. Anggota pertubuhan ini bekerjasama untuk mengekalkan persetujuan pertukaran yang teratur antara negara. IMF ditubuhkan selepas Persidangan Bretton Woods pada tahun 1944. Ia mula beroperasi pada tahun 1947 dengan tabung kewangan bernilai AS$9 bilion dalam bentuk mata wang dan emas. IMF menggunakan tabung itu untuk membantu negara anggota untuk menyelesaikan masalah imbangan pembayaran. Pada tahun 1969, IMF mengadakan sejenis aset simpanan yang dikenali sebagai Hak Pengeluaran Khas (SDR – Special Drawing Rights) sebagai tambahan kepada simpanan mata wang dan emas antarabangsa. Sehingga awal tahun 1990-an, IMF mempunyai aset bernilai lebih kurang AS$120 bilion. | UMUM | |
REVOLUSI | Revolusi ialah istilah yang umumnya merujuk kepada perubahan dasar kerajaan bagi sesebuah negara. Perubahan ini mungkin melibatkan keganasan ataupun tidak. Revolusi juga boleh berlaku dalam bidang lain, termasuklah kebudayaan, ekonomi, dan kegiatan sosial. Rakyat yang berusaha untuk menggantikan sistem lama dengan sesuatu yang baru dikenali sebagai revolusioner. | UMUM | |
PERTUBUHAN MARITIM ANTARABANGSA | Pertubuhan Maritim Antarabangsa (International Maritime Organization (IMO)) ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menggalakkan kerjasama di kalangan kerajaan dalam perkara yang melibatkan perkapalan antarabangsa. Pertubuhan ini, biasanya dikenali sebagai IMO (International Maritime Organization) yang berusaha untuk membentuk peraturan perkapalan antarabangsa bagi meningkatkan taraf keselamatan dan menghalang pencemaran yang berpunca daripada kapal. Ia juga menguruskan pertukaran maklumat tentang perkapalan lautan. | UMUM | |
SUNAN GIRI | SUNAN GIRI ( ? - ? ) ulama, pendakwah dan Raja Giri yang Pertama (1478-1506). Nama sebenarnya ialah Jaka Samudera dan dia juga dikenal sebagai Raden Paku. Bapanya ialah Syekh Maulana Ishak, bapa saudara Sunan Ampel. Sunan Giri adalah salah seorang ahli Walisongo yang berusaha memperkembang agama Islam di Jawa pada abad ke-15. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PERSATUAN SENI KHAT KEBANGSAAN | PERSATUAN SENI KHAT KEBANGSAAN, pertubuhan yang berusaha mengembangkan kegiatan seni khat Islam di Malaysia. Persatuan ini juga dikenal sebagai PSKK. Persatuan ini didaftarkan secara rasmi pada 25 Oktober 1989. sebelum penubuhannya, sebuah jawatankuasa sementara ditubuhkan dalam satu mesyuarat yang diadakan di Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan, Petaling pada 18 Ogos 1985 bagi merangka perlembagaannya. Jawatankuasa ini dianggotai oleh Mohammed Yusof Abu Bakar sebagai pengerusi, Syed Mahdar Shahab sebagai naib pengerusi, Haji Idris Salam sebagai setiausaha, Mahmood Haji Awang sebagai naib setiausaha dan Haji Bachok Haji Sayuti sebagai bendahari. Ahli jawatankuasanya pula terdiri daripada Ismail Haji Ishak, Wan Mohd, Yusof Wan Ali, Mohamed Nawai Yacob, Margilan HARP, Mohammad Abd.Ghani, Hussin Sulong, Zalika Khuzaimah Ngah dan Azmah Denan. PSKK ditubuhkan dengan tujuan antaranya untuk mengumpul dan menyatukan para penulis dan peminat | BUDAYA | Persatuan |
SISTEM KEWANGAN EROPAH (EMS) | Sistem Kewangan Eropah (EMS) ialah organisasi yang ditubuhkan oleh 10 negara Eropah untuk menstabilkan kadar pertukaran mata wang mereka. Kadar pertukaran ini adalah harga mata wang satu negara dalam istilah negara-negara lain. Sistem ini bermula pada tahun 1979 dengan penyertaan sepenuhnya oleh Belgium, Denmark, Perancis, Ireland, Itali, Luxembourg, Belanda dan Jerman Barat (kini Jerman). Sepanyol memulakan penyertaan sepenuhnya pada tahun 1989 dan United Kingdom pada tahun 1990. Portugal dan Greece menandatangani perjanjian sistem ini tetapi tidak mengambil bahagian dalam semua operasinya. Kesemua ahli sistem ini adalah negara Kesatuan Eropah, yang berusaha menyatukan ekonomi negara ahlinya. Pada tahun 1992, United Kingdom dan Itali mengumumkan untuk menggantung sementara penyertaan mereka dalam sistem ini. Kedua-dua negara ini tidak dapat mengelakkan kejatuhan nilai mata wang mereka di bawah julat yang diperlukan oleh sistem ini. | UMUM | |
ROYAL LIFE SAVING SOCIETY | Royal Life Saving Society ialah organisasi sedunia yang berusaha mendidik orang awam tentang keselamatan di air dan perkara lain yang berkait dengan keselamatan di air. | UMUM | Umum |