MA YUAN | Ma Yuan ialah pelukis yang terkenal daripada ahli keluarga pelukis Cina yang dihormati. Bersama-sama rakan pelukisnya, Xia Gui (juga dieja dengan Hsia Kuei), Ma Yuan telah menghasilkan sebahagian daripada lukisan landskap dengan menggunakan dakwat terkenal pada awal tahun 1200-an pada Zaman Song (Sung) Selatan di China. | UMUM | |
SAN'ANIY, ABU BAKAR AL- | San’aniy, Abu Bakar al- (126–211 H. /744–827 M.), penghafaz hadith yang dihormati dan ulama Yaman yang menerima hadith daripada Mu‘ammar, Ibn Jurayj, al-Thawriy. Nama penuhnya ialah Abu Bakar ‘Abd al-Razak ibn Hammam ibn Nafi‘ al- Hamyari, al-San‘aniy. Imam Ahmad, Ibn Mu‘in, Ishaq ibn Rahawayh, Ibn al-Madini dan para ulama lain banyak mengambil hadith daripadanya. Dia seorang imam dalam ilmu hadith dan seorang hafiz yang berautoriti dalam bidang ini. Al-San‘aniy meninggalkan buku-buku ilmiahnya, antaranya ialah kitab al-Musannaf dan Tafsir al-Qur’an dan kedua- duanya telah dicetak. | UMUM | |
PETRARCH | Petrarch (1304–1374) ialah penyair dan sarjana Itali yang agung. Puisi cintanya tidak ada saingan pengaruh dalam dunia kesusasteraan. Dia juga seorang sarjana yang dihormati sehinggakan pemerintah dan Paus meminta khidmatnya. Petrarch mendahului dalam menemukan kehebatan penulis- penulis klasik dan membantu memulakan pergerakan yang kemudiannya dikenali sebagai humanisme . Penulis Latin seperti Cicero dan Livy mungkin tidak akan dikenali hari ini sekiranya Petrarch tidak menemui tulisan-tulisan mereka yang terpadam dalam perpustakaan di biara-biara. | UMUM | |
SIKHISME | Sikhisme ialah salah satu agama di India. Penganutnya menggelarkan diri mereka Sikh, yang bermaksud pengikut. Orang Sikh mengikuti ajaran 10 guru (guru kerohanian). Kitab suci orang Sikh, Guru Granth Sahib (Kitab Yang Dihormati) atau Adi Granth (Buku Pertama), mengandungi ajaran beberapa orang guru Sikh yang lain. Kira-kira 14 juta orang Sikh tinggal di India, iaitu sebahagian besar daripada mereka tinggal di bahagian utara Punjab. | UMUM | |
MENDELSSOHN, FELIX | Mendelssohn, Felix (1809–1847), penggubah, pemain piano, dan konduktor Jerman. Dia mula muncul di khalayak ramai sebagai pemain piano semasa berumur sembilan tahun. Dia mengarang muzik pertamanya semasa berumur 10 tahun, dan menjelang umur belasan tahun, dia sudah menjadi penggubah yang dihormati. Dia mungkin penggubah yang paling masyhur pada zamannya. | UMUM | |
HULUN HAJI | HULUN HAJI, hamba diraja atau hamba peribadi kepunyaan raja. Perkataan hulun haji ada tercatat pada prasasti Telaga Batu (686 M.) di Palembang. Rekod ini mengandungi bukti awal konsep perhambaan dalam Dunia Melayu. Konsep ini penting kepada masyarakat sebelum proses pemodenan di rantau ini. Konsep ini menggambarkan pembahagian masyarakat kepada golongan ‘tuan’ yang dihormati dan golongan orang ramai yang menjadi ‘pesuruh’ mereka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ALJUNIED SYED OMAR BIN ALI | Aljunied Syed Omar bin Ali (1792–1852) ialah ahli perniagaan dan tuan tanah keturunan Arab yang amat dihormati yang menjadi pemimpin komuniti Islam di Singapura. Dia mewakafkan satu bidang tanah di Victoria Street, Singapura sebagai tanah perkuburan orang Islam. Dia mendirikan Masjid Benggali, di Bencoolen Street pada tahun 1845. | UMUM | |
SOCRATES | Socrates (469? S.M.–399 S.M.) ialah ahli falsafah dan pendeta Yunani. Kehidupannya yang mulia dan kematiannya yang berani, bersama dengan ajarannya, menjadikannya antara tokoh yang paling dihormati dalam sejarah. | UMUM | |
SETINGGAN DI AUSTRALIA | Setinggan di Australia pada mulanya ialah penggembala-penggembala yang menduduki tanah kerajaan secara haram. Lama-kelamaan, ramai antara mereka menjadi penternak lembu yang kaya dan dihormati. | UMUM | |
SEAH EU CHIN | Seah Eu Chin (1805–1883), ahli perniagaan China, pemilik ladang yang kaya di Singapura. Sebagai ketua masyarakat, dia dihormati oleh orang Cina dan orang British. | UMUM | |