Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yang diperintah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MARCHES

Marches merupakan kawasan tanah di Wales,

yang diperintah oleh orang bangsawan pada

Zaman Pertengahan.

UMUM 
PROJEK MANHATTAN

Projek Manhattan diwujudkan oleh kerajaan

Amerika Syarikat pada tahun 1942 untuk

menghasilkan bom atom yang pertama.

Agensi rasmi yang menghasilkan bom tersebut ialah

Corps of Engineers’ Manhanttan Engineer District

yang diperintah oleh Mejar (kemudiannya Leftenan)

Jeneral Leslie R. Groves. Ahli fizik J. Robert

Oppenheimer memberikan arahan tentang reka

bentuk dan pembinaan bom tersebut.

Aktiviti perindustrian dan penyelidikan berlaku di

tapak-tapak seperti Los Alamos, New Mexico, Oak

Ridge, Tennessee dan Hanford, Washington.

UMUM 
PERANG VIETNAM

Perang Vietnam ialah konflik besar yang

berlaku di Asia Tenggara. Perang itu bermula

daripada perang saudara untuk menentukan

kerajaan Vietnam. Ia akhirnya menjadi konflik

antarabangsa yang besar, melibatkan Amerika

Syarikat dalam peperangan yang paling lama

pernah disertai oleh rakyat Amerika. Ia bermula

pada tahun 1957 dan berakhir pada tahun 1975.

Vietnam , sebuah negara kecil di Asia Tenggara,

telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu

Vietnam Utara yang diperintah oleh kerajaan

komunis dan Vietnam Selatan yang diperintah

oleh kerajaan bukan komunis. Vietnam Utara dan

pemberontak Vietnam Selatan yang dilatih oleh

pihak komunis bertempur bersama-sama untuk

menguasai Vietnam Selatan. Tentera Amerika

Syarikat dan Vietnam Selatan cuba menghalang

mereka tetapi gagal.

UMUM 
TIRANI

Tirani ialah istilah yang digunakan dalam sejarah

untuk menggambarkan corak pemerintahan oleh

seorang pemerintah yang mempunyai kuasa

mutlak. Pada zaman Yunani purba, tirani

bermaksud pemerintahan mutlak oleh seorang

pemerintah. Kebanyakan tirani Yunani adalah

pemerintahan yang baik dan bertanggungjawab.

Istilah tirani boleh juga digunakan untuk

merujuk kepada kerajaan yang diperintah oleh

pemerintah mutlak yang mendapat kuasa melalui

kekerasan tentera atau muslihat politik.

Pemerintah seperti ini tidak akan mendapat

sokongan majoriti rakyat dan perlu menggunakan

kekerasan untuk mengekalkan kekuasaan.

Satu lagi maksud tirani ialah kerajaan yang

menggambarkan seorang atau sekumpulan orang

yang memerintah dengan kejam, menindas, atau

tidak adil.

UMUM 
PUTERI SA'ADONG

Puteri Sa’adong ( ? - ? ) ialah isteri kepada

Raja Abdullah, pemerintah kerajaan Jembal ke-3

iaitu sebuah kerajaan di timur negeri Kelantan,

pada abad yang ke-17. Puteri Sa’adong adalah

puteri kepada Raja Luyor, iaitu raja ke-2 yang

memerintah Jembal. Perihal kecantikan Puteri

Sa’adong tersebar luas hingga ke negeri

Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayung, iaitu

negeri yang diperintah oleh Cik Siti Wan

Kembang yang berpusat di Gunung Chinta

Wangsa, Ulu Kelantan. Puteri Sa’adong yang juga

dikenali sebagai Puteri Wijaya Mala dijadikan

anak angkat oleh Cik Siti Wan Kembang.

UMUM 
RIAU-LINGGA

RIAU-LINGGA, kesultanan Melayu pada abad ke-18 dan abad ke-19. Nama kerajaan Riau-Lingga diubah bergantung pada tempat pusat kerajaan itu. Setelah kerajaan Melaka dikalahkan oleh Portugis pada tahun 1511, pusat kerajaan didirikan di bahagian  selatan Johor, dan selama abad ke-17, kerajaan Melaka disebut kerajaan Johor. Pada tahun 1699, sewaktu Sultan Mahmud (Marhum Mangkat Dijulang) dibunuh, Bendahara Tun Abdul Jalil dilantik sebagai Sultan dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV. Pada tahun yang sama, kerajaan Johor diserang oleh Raja Kecil dari Siak yang mendakwa dirinya putera Sultan Mahmud. Dengan itu, pusat kerajaan Johor dipindahkan ke Pulau Bintan. Pada tahun 1709, sultan dan kerabat istana berpindah ke Riau, Pulau Bintan. Sepanjang abad ke-18, kerajaan Johor disebut Riau-Lingga kerana kota sultan terdapat di beberapa tempat di Riau, dan wilayah yang diperintah sultan termasuk Pulau Lingga, pulau-pulau lain di kawasan Laut China Selatan dan di Semenanjung Tanah Melayu, Johor dan Pahang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
LAMURILAMURI, negeri yang meliputi kawasan barat laut Sumatera dan terletak di sekitar daerah Kutaraja, Aceh, Indonesia. Sumber Arab (850-1150) mencatatkan Lamuri sebagai Ar-Ramni atau Ar-Ramini. Menurut Abu Zaid Hassan (916 M), kawasan ini terletak dalam kawasan kerajaan Maharaja Zabag. Lamuri amat terkenal dengan pokok kayu lidah buaya atau kelembak. Kedudukan Lamuri yang Strategik iaitu di jalan utama Selat Melaka menjadikannya pelabuhan persinggahan bagi para pedagang Arab sekurang-kurangnya seawal abad ke-10. Pada akhir  abad ke-12, kapal dagang yang membawa kumpulan pedagang Cina telah pergi  ke Lamuri dan berlabuh di pelabuhan Nan-P’o-Li (Pedir/Pedie) atau Sigli moden. Pada hujung abad ke-13, Marco Polo menyifatkan Lamuri sebagai salah sebuah daripada enam kerajaan yang terletak di utara Sumatera. Menurut catatan Chao Ju-Kua (1225), lamuri merupakan salah sebuah daripada 15 negeri yang diperintah oleh San-fo-chi (Sriwijaya). Kitab Negarakertagama (1365) pula telah memasukkan Lamuri dalam kawasan pemerintahan empayar MajapahitSEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
EMPAYAR

Empayar ialah wilayah yang terdiri daripada

beberapa buah negeri atau negara yang bersatu

dan diperintah oleh negara yang paling berkuasa

dalam kumpulan itu

UMUM 
AUTORITARIANISME

Autoritarianisme ialah sebarang bentuk kerajaan

yang secara relatif hanya diperintah oleh beberapa

orang sahaja, dan penduduk berperanan kecil dalam

membuat keputusan. Negara autoritarian boleh

menyekat, mengehadkan dengan kekerasan atau

memanipulasi pilihan raya untuk disesuaikan dengan

kehendak pihak berkuasa. Mereka boleh

mengehadkan kuasa perundangan yang mewakili

orang ramai, seperti parlimen atau kongres, dan

mengehadkan kebebasan individu.

UMUM 
TEOKRASI

Teokrasi ialah satu bentuk kerajaan yang

diperintah oleh paderi atau paderi-paderi, dan

paderi-paderi ini mempunyai kuasa ke atas

perkara-perkara sivil dan keagamaan. Perkataan

theocracy berasal daripada dua perkataan Yunani,

iaitu theos yang bermakna tuhan dan kratein yang

bermakna memerintah.

UMUM 
123

Kembali ke atas