KA‘B IBN MALIK ( ?–50 H. / ?–670 M.) | Ka‘b ibn Malik ( ?–50 H. / ?–670 M.), sahabat nabi daripada golongan Ansar daripada Bani Khazraj di Madinah. Dia ialah salah seorang yang terlibat dalam Bai`ah al-Aqabah yang kedua yang mana dia sendiri memberi Bai`ah kepada Rasulullah SAW. | UMUM | |
KOAGULAN | Koagulan ialah mana-mana bahan yang menyebabkan bendalir menjadi beku atau menjadi pekat. | UMUM | |
SILIKAT | Silikat ialah mana-mana kumpulan mineral yang mengandungi silikon, oksigen, dan satu atau lebih unsur logam. Silikat membentuk kira-kira 95 peratus daripada kerak bumi. Seperti kebanyakan batu-batu, tanah terdiri daripada kebanyakannya silikat. | UMUM | |
KAKTUS | Kaktus ialah mana-mana famili tumbuhan yang berasal dari Amerika Utara dan Amerika Selatan dan biasanya mempunyai gugusan duri. | UMUM | |
ANIMISME | Animisme ialah istilah bagi mana-mana kepercayaan yang melibatkan pemujaan roh dan semangat alam semula jadi. | UMUM | |
PIROKSEN | Piroksen adalah mana-mana kumpulan mineral yang memainkan peranan penting dalam pembentukan banyak jenis batuan. Piroksen wujud dengan meluas dalam kerak bumi di benua dan lautan, dan juga dalam batu-batan di kerak luar bulan. | UMUM | |
RIKETSIA | Riketsia adalah mana-mana satu daripada sekumpulan mikroorganisma yang menyebabkan penyakit berjangkit tertentu pada manusia. Riketsia pernah dikelaskan sebagai virus tetapi kini dianggap sebagai sejenis khas bakteria. Ia berbeza daripada kebanyakan bakteria dengan dua cara. Ia lebih kecil, dan seperti virus, ia tidak boleh membiak di luar sel hidup. | UMUM | |
OVARI | Ovari ialah mana-mana satu daripada sepasang organ seks wanita yang menyimpan dan mengeluarkan telur. Ovari juga merembes estrogen dan progesteron , iaitu hormon seks wanita. Ovari manusia berbentuk bujur dan kira- kira sebesar walnut tanpa kulit. Satu ovari terletak di setiap sisi uterus, di pangkal abdomen. | UMUM | |
MENGKARUNG | Mengkarung adalah mana-mana satu daripada sekumpulan besar cicak kecil yang hidup di kawasan sederhana dan tropika. Terdapat lebih 900 spesies mengkarung. Mengkarung paling biasa terdapat di Australia, Afrika, Asia, dan kepulauan di barat Lautan Pasifik. | UMUM | |
TEATREE | Teatree adalah mana-mana satu daripada kira-kira 50 jenis pokok renek berkayu atau pokok kecil yang tumbuh di Australia dan New Zealand. Satu jenis pokok ini digunakan oleh penjelajah British, James Cook sebagai tumbuhan “teh”. Bunga teatree kembang dan kelihatan seperti ros. Ia biasanya berwarna putih atau samar. Teatree ditanam dan sesetengah jenis tumbuhan ini telah banyak dikacukkan (dibiakkan dengan jenis lain). Pengelasan saintifik. Teatree tergolong dalam famili Myrtaceae. Ia membentuk genus Leptospermum . | UMUM | |