| ASAP | Asap terdiri daripada zarah pepejal dan cecair yang terbahagi kepada bahagian-bahagian kecil yang terampai di dalam gas. Asap terbentuk terutamanya daripada zarah karbon yang terhasil daripada pembakaran bahan api. Asap boleh membahayakan paru-paru. Asap juga menghitamkan bangunan, menghakis logam, dan merosakkan tumbuhan. Semua ini mengakibatkan kerugian ekonomi yang besar. Asap mempunyai sedikit kegunaan. Ini termasuklah mengawet daging, menghasilkan isyarat tentera berwarna, dan melindungi dusun daripada kesan fros. | UMUM | |
| BRONKUS | Bronkus, trakea yang terbahagi kepada dua cabang utama dan berakhir ke dalam paru-paru kanan dan kiri. Bronkus merupakan sebahagian salur pernafasan. | BIOLOGI | Sifat/Keadaan |
| OAK LEMBUT | Oak lembut ialah pokok yang cantik dan cepat tumbuh di Australia. Pokok ini tumbuh di hutan subtropika kering di New South Wales dan Queensland. Tingginya mencapai 40 meter dan daunnya bak daun pakis yang terbahagi dalam- dalam. Ia mempunyai jambak bunga berwarna jingga kekuningan pada spika bunganya yang panjang. | UMUM | |
| BUGBANE | Bugbane ialah tumbuhan saka yang tinggi yang mempunyai daun besar dan lebar yang terbahagi kepada banyak anak daun. Bugbane mempunyai bergugus-gugus bunga kecil berwarna putih. Bugbane hidup di seluruh kawasan beriklim sederhana di utara dunia. | UMUM | |
| TIGA CATATAN PERJALANAN | TIGA CATATAN PERJALANAN, kumpulan puisi karya Baha Zain. Kumpulan puisi ini diterbitka oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1980. Tiga Catatan Perjalanan mengandungi 75 buah puisi yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sembilan puisi dalam Catatan I, 51 buah puisi dalam Catatan II dan 15 buah puisi dalam Catatan III. Kumpulan puisi ini diberi kata pengantar oleh Muhammad haji Salleh. Kumpulan puisi ini dijadikan teks Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) antara tahun 1992 hingga tahun 1997. | SASTERA | Penerbitan |
| BHAGAVAD-GITA | Bhagavad-Gita ialah salah sebuah kitab suci agama Hindu yang utama. Nama Bhagavad-Gita bermakna Nyanyian Dewa. Kitab ini ditulis dalam bahasa India kuno, iaitu bahasa Sanskrit. Bhagavad- Gita biasanya dikenali sebagai Gita (nyanyian). Ia telah diterjemah ke dalam bahasa-bahasa India yang utama dan juga beberapa bahasa Barat. Sarjana India, seperti Shankaracharya (juga dikenali sebagai Shankara) yang hidup pada tahun 700-an M., telah menulis ulasan tentangnya. Gita ialah sebahagian daripada Buku Keenam Mahabharata, puisi epik India yang agung (lihat Mahabharata). Karya ini mengandungi 700 puisi yang terbahagi kepada 18 bab, dan kemungkinan juga telah ditambah kepada karya utama Mahabharata, pada tahun 100-an M. dan tahun 200-an M. | UMUM | |
| MAHABHARATA | Mahabharata ialah satu daripada dua puisi epik India yang agung. Puisi yang satu lagi merupakan Ramayana. Mahabharata merupakan puisi yang paling panjang di dunia yang terdiri daripada 220 000 baris dan terbahagi kepada 18 bahagian. Puisi ini ditulis dalam bahasa Sanskrit, iaitu bahasa suci India purba tetapi telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa moden India disebabkan kisahnya terkenal di seluruh India. Pelbagai versi cerita puisi ini juga ditayangkan di televisyen sama ada di India atau di kebanyakan negara lain. | UMUM | |
| TASIK EYRE | Tasik Eyre ialah tasik yang terbesar di Australia. Ia terletak di tengah utara Australia Selatan. Untuk lokasi, lihat Australia Selatan (peta). Tasik Eyre hampir terbahagi kepada dua tasik yang dihubungkan oleh Terusan Goyder yang sempit. Panjang bahagian utara Tasik Eyre ialah 145 kilometer dan lebarnya 64 kilometer dan panjang bahagian selatan ialah 61 kilometer dan lebarnya 26 kilometer. Keluasan tasik ini ialah 9583 kilometer persegi. | UMUM | |
| SAMOA AMERIKA | Samoa Amerika ialah wilayah Amerika Syarikat, yang terletak kira-kira 3700 kilometer ke barat daya Hawaii. Enam daripada tujuh pulau wilayah ini terbahagi kepada tiga kumpulan, iaitu Tutuila dan Aunuu; Ofu, Olosega, dan Tau (kumpulan Manua); dan Rose. Pulau-pulau ini adalah dalam rangkaian Samoa. Pulau ke-7, Pulau Swains terletak 320 kilometer ke utara. | UMUM | |
| NUMMULITE | Nummulite ialah nama bagi sebilangan besar haiwan laut fosil bersel satu. Ia boleh dikenali melalui cangkerangnya, yang berbentuk seperti cakera leper. Di bahagian dalamnya, setiap cangkerang melingkar dan terbahagi kepada banyak kubuk kecil. | UMUM | |