HIKAYAT ISMA YATIM | | SASTERA | Karya |
WILDAN YATIM | WILDAN YATIM (1933- ), penulis Indonesia. Nama penuhnya ialah Wildan Yatim Lubis. Dia lahir pada 11 Julai 1933 di Padangsidempuan, sumatera Utara, Indonesia. Dia mendapat pendidikan awal di Ibtidaiyah Muhammadiyah (1946); Sekolah Dasar di Ujunggading, Sumatera Barat (1948); Sekolah Menengah Pertama di Lubuksikaping, Sumatera Barat (1951); Sekolah Menengah Atas di Jakarta (1954) dan Jurusan Biologi Institut Teknologi Bandung (1961). Pada tahun 1988, dia mendapat gelaran Doktor dari Universitas Padjadjaran, Bandung. | SASTERA | Tokoh |
SYAIR YATIM NESTAPA | SYAIR YATIM NESTAPA, puisi Melayu tradisional. Terdapat tiga naskhah syair ini iaitu satu di Jakarta dan dua di Leiden. Naskhah di Jakarta (v.d. W. 253) sudah diterbitkan oleh Klinkert dalam Drive Maliesche Gedichten (Tiga Syair-syair Melayu) dari halaman 153 hingga 269 pada tahun 1886. Naskhah ini juga pernah dicap batu, antaranya oleh Matba’ Muhammadi yang dimiliki oleh Ali Bahai dan Sulaiman Marie di Singapura. Syair ini juga pernah menjadi tesis latihan ilmiah Mohd. Hashim Taib d Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada tahun 1966. | SASTERA | Konsep |
RUMAH ANAK-ANAK YATIM | Rumah anak-anak yatim adalah institusi yang mengambil berat tentang kanak-kanak yang tiada tempat berteduh. | UMUM | Umum |
SISTERS OF CHARITY | Sisters of Charity ialah anggota wanita beberapa komuniti agama Roman Katolik. Mereka mengabadikan diri membantu orang miskin, orang sakit, orang tua, dan anak yatim. | UMUM | |
ADAMSON, JOY | Adamson, Joy (1910–1980), pengarah dan pelukis, yang menjadi termasyhur kerana bukunya Born Free: A Lioness of Two Worlds (1960). Buku ini menceritakan bagaimana Adamson dan suaminya memelihara Elsa, anak singa yatim piatu, semasa mereka tinggal dan bertugas di Kenya, Afrika Timur. Pasangan Adamsons melatih Elsa memburu haiwan-haiwan lain untuk makanan supaya ia akhirnya dapat mencari makan sendiri dalam hutan. | UMUM | |
ABU HURAYRAH | Abu Hurayrah (21 S.H.–59 H./602 M.–679 M.), salah seorang sahabat yang setia dan keturunannya berasal daripada kabilah al-Azd. Nama penuhnya ialah ‘Abd al-Rahman ibn Shakr al-Dawsiy. Dia dibesarkan dalam keadaan yatim pada zaman Jahiliah. Yang pasti, dia memeluk Islam melalui al-Tufayl ibn ‘Amru al-Dawsiy yang datang menemui Rasulullah SAW. Sebelum Hijrah, Abu Hurayrah r.a. bersama-sama kaum kerabatnya yang memeluk Islam tidak bergabung dengan Rasulullah SAW melainkan setelah tamat pembukaan Khaybar. Abu Hurayrah datang dengan 80 orang kabilah Daws yang memeluk Islam. Kebetulan kedatangan mereka ketika orang Muhajirin baru kembali dari Habsyah, yang diketuai oleh Ja’far ibn Abi Talib r.a. Rasulullah SAW meraikan mereka dengan memberikan sebahagian harta rampasan Khaybar. Abu Hurayrah sentiasa mendampingi Rasulullah SAW dan menjadi ketua ahli al-Suffah di Masjid Nabawi. | UMUM | |
‘ABD AL-RAHMAN AL-DAKHIL | ‘Abd al-Rahman al-Dakhil (113 H.-172 H./731M.- 788M.) terkenal dengan gelaran saor quraysh; dan dikenali pula dengan al-Dakhil kerana kemasukannya ke Andalus dan seterusnya mengasaskan Kerajaan Umayyah di sana. Nama penuhnya ialah ‘Abd al-Rahman ibn Mu’awiyah ibn Hisham ibn ‘Abd al-Malik ibn Marwan. Dia lahir di Damsyik dan membesar dalam keadaan yatim. Dia telah berjaya melepaskan diri daripada ancaman golongan Abbasiyyah sewaktu mereka merampas kuasa Kerajaan Umayyah di Syam. Kebanyakan orang Umawiyyah telah dibunuh. ‘Abd al-Rahman bersembunyi dan berjaya menyusup keluar hinggalah dia tiba di Maghribi. Di sana, dia bertemu pula dengan hambanya Badar dan mendapat biaya sara hidup daripada saudara perempuannya Ummu al-Isba. Dia menumpang di rumah bapa saudaranya daripada Kabilah Tafzawah yang berbangsa Tartar. Ibunya berasal dari suku kaum ini. Di sini dia telah menghubungi golongan Umawiyyah di Andalus dengan menghantar Badar sebagai utusannya. Lantas dikirimkan satu pasukan yang terdiri daripada para pembesar Umawiyyah dan mereka memberi sumpah setia kepada ‘Abd al- Rahman. | UMUM | |
NASIR, AL-UMAWIY AL- | Nasir, al-Umawiy al- (277–350 H./890–961 M.) ialah orang pertama memakai gelaran “ khalifah ” di kalangan pemerintah kerajaan Umawiyyah di Andalus. Nama sebenarnya ialah ‘Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn ‘Abdullah ibn Muhammad ibn ‘Abd al-Rahman ibn al-Hakam al-Rabdiy ibn Hisham ibn ‘Abd al-Rahman al-Dakhil. Dia lahir dan meninggal dunia di Cordova. Dia membesar dalam keadaan yatim di bawah jagaan datuknya. | UMUM | |
TERESA, MOTHER | Teresa, Mother (1910–1997), ialah biarawati Roman Katolik yang menerima Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1979 kerana jasanya kepada orang miskin. Dia terkenal dengan gelaran Saint of the Gutters . Pada tahun 1950, Mother Teresa mengasaskan pertubuhan agama di Calcutta, India. Pertubuhan ini dikenal sebagai “Missionaries of Charity”. Pertubuhan agama ini memberikan bantuan makanan kepada pihak yang memerlukan dan membuka hospital, sekolah, rumah anak yatim, pusat belia dan tempat tinggal kepada pesakit kusta dan orang yang hidup melarat. Cawangan pertubuhan ini terdapat sekurang-kurangnya di 50 buah bandar di India dan lebih kurang 30 buah cawangan di negara lain. | UMUM | |