YUNUS MARIS | ahli linguistik. | BAHASA | Tokoh |
NABI YUNUS A.S. | Nabi Yunus a.s. ialah nabi yang diutuskan oleh Allah SWT kepada para penduduk Nairawi yang mendiami kawasan Mosul di Iraq, iaitu tempat tersebarnya penyembahan berhala. Nama sebenar baginda ialah Yunus ibn Matta. Matta ialah nama ibu Nabi Yunus a.s. Tiada seorang pun daripada para rasul dinisbahkan kepada ibu mereka kecuali Nabi Yunus a.s. dan Nabi Isa a.s. Nabi Yunus a.s. berasal daripada Bani Israel keturunan Bunyamin iaitu salah seorang anak Nabi Ya’kub a.s. yang juga saudara kepada Nabi Yusuf a.s. | UMUM | |
SURAH YUNUS | Surah Yunus ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-10 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 109 ayat. Surah ini dinamakan Yunus kerana di dalamnya disebutkan kisah Nabi Yunus a.s. dan mengandungi nasihat dan teladan mengenai pengangkatan azab daripada kaum baginda, ketika mereka beriman setelah mereka hampir-hampir ditimpa azab dan bala. | UMUM | |
HASSAN HAJI YUNUS, TAN SRI | | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
YUNUS MARIS | YUNUS MARIS (1929- ), ahli bahasa. Dia lahir di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Dia mendapat pendidikan di University of London dan kembali ke tanah air pada tahun 1959. Dia terkenal sebagai ahli bahasa semasa menjadi pensyarah bahasa Melayu di Jabatan Pengajian Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. | BAHASA | Tokoh |
LONG YUNUS | LONG YUNUS ( ? -1795), Sultan Kelantan (m.m. 1763-1795) keturunan Dato’ Pangkalan Tua, Patani. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Pada kurun ke-17, dua orang anak Dato’ Pangkalan Tua, Tuan Sulong dan Tuan Besar datang ke Kelantan. Tuan Sulong berkahwin dengan Che Biru, anak Penghulu Kampung Laut; manakala Tuan Besar berkahwin dengan Raja Pah, anak Sultan Omar. Tuan Sulong membina kediaman di Kota Kubang Labu, Tuan Besar pula tinggal di Jembal. Hasil perkahwinannya, Tuan Sulong mendapat Long Muhammad dan Long Pandak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TUAN AHMAD | TUAN AHMAD ( ? - ? ), penentang British. Tuan Ahmad adalah anak Engku Besar Jeram Encik Pandak. Dia menggantikan ayahnya sebagai Engku Besar Jeram apabila ayahnya meninggal dunia. Engku Besar Jeram adalah gelaran yang diwarisi daripada Engku Perdana Menteri Long Ghaffar, yang berasal dari Reman. Long Ghaffar menerima gelaran ini dan kawasan dari Sungai Pasir Tumbuh hingga ke laut dan sampai ke sempadan Terengganu kerana bantuannya kepada Long Yunus sehingga Long Yunus berjaya menduduki takhta Kelantan. Pusat pentadbiran Long Ghaffar dikenal sebagai Kota Jeram. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
LONG GHAFAR | LONG GHAFAR ( ? -1794), Perdana Menteri Kelantan. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Dia hidup sezaman dengan Long Yunus, iaitu pengasas negeri Kelantan moden dan keturunan Long Yunus atau kerabat diraja yang memerintah negeri Kelantan sejak pertengahan abad ke-18 hingga kini. Long Ghafar dikatakan anak Raja Reman. Sebelum tahun 1810, Reman merupakan sebahagian daripada wilayah Kesultanan Melayu Patani, tetapi selepas tahun 1909, menjadi sebahagian daripada Wilayah Yala, selatan Negara Thai. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ABU ZAYD AL-ANSARIY | Abu Zayd al-Ansariy ( ?–251 H./ ? –830 M.), pakar ilmu nahu dan pengarang buku-buku sastera dan bahasa. Nama penuhnya ialah Sa‘id ibn Aws ibn Thabit al-Ansariy. Dia ialah imam yang terkenal. Dia mampu menguasai ilmu bahasa dan ilmu-ilmu yang sukar dikuasai oleh orang lain. Dia berguru dengan Abu ‘Amru ibn al-‘Ala’, Ru’yah ibn al-‘Ajaj, ‘Amru ibn ‘Abid, Abu Hatim al-Sajistaniy, Abu ‘Ubayd al-Qasim ibn Salam, ‘Umar ibn Shu‘bbah dan sekumpulan tokoh lain. Abu al-‘Abbas pernah berkata, “Abu Zayd seorang yang berkebolehan dalam ilmu nahu tetapi masih tidak mampu menyaingi al-Khalil dan Sibawayh. Sekalipun Yunus menyamainya dalam penguasaan ilmu bahasa, namun Yunus lebih mengatasinya dalam ilmu nahu. Abu Zayd ialah orang ketiga dalam penguasaan ilmu nahu”. | UMUM | |
RAHMAH EL-YUNUSIYAH | RAHMAH EL-YUNUSIYAH (1900-1969), pelopor pendidikan moden dan pengasas Sekolah Diniyyah Puteri, Sumatera, Indonesia. Dia lahir pada 29 Disember 1900 di Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia. Rahmah berasal daripada keluarga yang cukup terkenal. Ayahnya Syekh Muhammad Yunus adalah seorang ulama besar. Datuknya, Imanuddin dikenal sebagai pakar ilmu falak (astronomi) dan pemimpin Tarekat Naqsyabandiyah. Ayah Rahmah meninggal dunia ketika dia masih kanak-kanak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |