Z | Z ialah huruf ke-26 dan yang terakhir dalam abjad Inggeris. Ahli sejarah percaya bahawa huruf Z berasal daripada suatu simbol yang digunakan oleh orang Semit yang pada suatu masa dahulu tinggal di Syria dan Palestin. | UMUM | |
LÓD´Z | | UMUM | |
TUANKU HAJI BUJANG TUANKU HAJI OTHMAN, TUN | Z-INDEX: 1; LEFT: 0pt; POSITION: absolute; mso-ignore: vglayout"> TUANKU HAJI BUJANG TUANKU HAJI OTHMAN, Tun (1890-an – 1986), Yang Dipertua Negeri Sarawak yang kedua. Dia lahir di Sibu, Sarawak. Tuanku Bujang adalah daripada keturunan Arab-Melayu. Tuanku Bujang mendapat pendidikan Melayu dan pernah menjadi ketua anak negeri dalam perkhidmatan pentadbiran Brooke dan kemudian dinaikkan pangkat ke jawatan pegawai tadbir pada masa British. Semasa pendudukan Jepun, dia telah dilantik mewakili orang Melayu Sibu dan bertanggungjawab ke atas hal-ehwal orang Melayu (bersama-sama dengan Abang Haji Openg). Tuanku Bujang merupakan salah seorang pemimpin Melayu yang menentang penyerahan Sarawak kepada British pada tahun 1946. ini menyebabkan berlakunya perselisihan dengan Datu Bandar Abang Mustapha, pemimpin Melayu yang propenyerahan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SPEKTROSKOPI JISIM | Spektroskopi jisim, juga dinamakan spektrometri jisim ialah satu kaedah untuk memisahkan atom atau molekul yang diionkan, mengikut jisim (m) dan cas elektriknya (z). Ia melibatkan penggunaan alat yang dinamakan spektrometer jisim. Spektroskopi jisim merupakan satu cara yang berkesan untuk mengenal unsur, isotop dan molekul. Ia juga boleh digunakan untuk menentukan komposisi dan struktur kimia sesuatu bahan yang lebih kompleks. | UMUM | |
PERISTIWA XYZ | Peristiwa XYZ ialah nama yang diberikan kepada satu pertukaran usul diplomatik yang kontroversi antara Perancis dengan Amerika Syarikat pada tahun 1797. Ketiga-tiga orang ejen Perancis yang terlibat dikenali sebagai X, Y dan Z. | UMUM | |
ALIRAN SEARUS | Aliran seragam yang segaris dengan garis arus. Untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang aliran searus, sebaik-baiknya fungsi halaju medan aliran ditulis seperti yang berikut: < Gambarajah > Garis arus ialah garisan yang menghubungkan londar semua titik dalam medan aliran dengan vektor halaju V, bertangen dengannya, iaitu V x ds = 0. Medan aliran bendalir biasanya boleh juga dicirikan oleh bentuk susuk halalu. Susuk halaju ialah bentuk fungsi yang menggambarkan perubahan halaju terhadap perubahan koordinat ruang, x, y, dan z. Medan aliran dikatakan berdimensi tiga jika susuk halaju itu merupakan fungsi yang pengungkapannya memerlukan ketiga-tiga paksi ruang x, y, dan z. Contoh medan aliran berdimensi tiga ialah medan aliran yang terjadi di dalam sebuah saluran yang berkeratan rentas segi empat. Panjang, lebar, dan tinggi saluran haruslah terhingga. Saluran yang panjang akan menyebabkan komponen halaju dalam arah paksi saluran menjadi tetap, iaitu .......Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
KAMUS BESAR BAHASA INDONESIA-RUSIA | KAMUS BESAR BAHASA INDONESIA-RUSIA, kamus dwibahasa yang diterbitkan dalam dua jilid, iaitu jilid pertama mengandungi abjad A hingga L (560 halaman) dan jilid kedua mengandungi abjad M hingga Z (496 halaman). Penyusunan kamus ini dijalankan secara berpasukan yang diketuai oleh R.N. Korigodskiy yang bertindak sebagai redaktur koordinator. | BAHASA | Penerbitan |