ISMAIL KHAN, TAN SRI | ISMAIL KHAN, Tan Sri (1905- ), anak Melayu pertama dilantik menjadi Hakim Besar Borneo. Dia lahir pada 18 Jun 1905 di Taiping Perak. Ayahnya bernama Ibrahim Khan dan ibunya Zainab binti Mahmudin. Dia menerima pendidikan awalnya di Sekolah Rendah King Edward VII dan meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah St. Georges, Taiping hingga bulan Januari 1923. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RAFIDAH AZIZ, DATO' SERI | RAFIDAH AZIZ, Dato’ Seri (1943- ), ahli politik, Ketua Pergerakan Wanita UMNO (1984-1996). Dia lahir pada 4 November 1943 di Selama, Perak. Dia menerima pendidikan rendah di Sekolah Melayu Kampung Baru dan Sekolah Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur serta Zainab School, Kota Baharu, Kelantan. Dia meneruskan pelajaran menengah di Sekolah Convent Johor Baru, Johor dan Victoria Institution, Kuala Lumpur. Kemudian, dia melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Ekonomi (1966) dan Sarjana Ekonomi (1970). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PERSEKUTUAN PERSETIAAN MELAYU KELANTAN | PERSEKUTUAN PERSETIAAN MELAYU KELANTAN, pertubuhan orang Melayu Kelantan yang memperjuangkan hak orang Melayu. Pertubuhan ini telah dikenal sebagai Persetiaan Melayu dan ditubuhkan pada 9 Februari 1940. Ibu pejabat pertubuhan ini terletak di Opis Panjang, Jalan Sultanah Zainab, Kota Baharu. Keahliannya dibuka kepada anak Melayu jati Kelantan sahaja. Presidennya yang pertama ialah Tengku Mahmud bin Muhammad. Pertubuhan ini diasaskan bersama-sama 34 orang ahli yang diberi taraf sebagai jawatankuasa kehormat (walaupun tidak memegang sebarang jawatan) dan keahlian mereka adalah seumur hidup. Persetiaan Melayu mempunyai cawangan di setiap jajahan di Kelantan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
NIK SAFIAH HAJI ABDUL KARIM | NIK SAFIAH HAJI ABDUL KARIM, Datuk (1939 - ), tokoh akademik, pakar Bahasa dan pejuang pergerakan wanita. Dia lahir pada 17 Disember 1939 di Kota Bharu, Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Zainab Kota Bharu, kemudian di Malay Girl’s College Kuala Lumpur, dan St. Francis Institution Melaka. Dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1963, dan Sarjana Sastera pada tahun 1965. Dia mendapat ijazah Doktor Falsafah dari Ohio University, Amerika Syarikat pada tahun 1975. | BAHASA | Tokoh |
SULTAN ISMAIL PETRA | Kapsyen : Sultan Ismail Petra SULTAN ISMAIL PETRA (1949- ), Sultan Kelantan yang ke-12 (1979- ). Baginda diputerakan pada 11 November 1949 di Istana Jahar, Kota Bharu, Kelantan. Baginda ialah putera bongsu kepada Sultan Yahya Petra ibni Sultan Ibrahim dan Raja Perempuan Tengku Zainab Tengku Muhammad Petra. Baginda mendapat pendidkan di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu. Di samping itu, baginda belajar secara sendirian daripada seorang guru khas di istana. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |