MINYAK ZAITUN | Minyak zaitun ialah minyak yang wangi, boleh dimakan, yang dibuat daripada buah zaitun. Ia digunakan terutamanya sebagai kuah salad dan sebagai minyak masak. Rasanya berbeza-beza, daripada rasa manis hingga rasa hambar dan terdiri daripada hampir keseluruhannya lemak tepu (lihat Lemak). Kebanyakan minyak zaitun berwarna kuning kehijauan cerah. | UMUM | |
BUAH ZAITUN | Buah zaitun ialah buah daripada pokok yang tumbuh di kawasan subtropika. Pokok zaitun ditanam terutamanya kerana minyaknya, yang digunakan untuk memasak. | UMUM | |
KINGLET | Kinglet ialah burung kecil berwarna hijau buah zaitun dan berjambul (tompok) berwarna terang di atas kepalanya. Dua jenis kinglet, satu berjambul keemasan dan satu lagi berjambul merah delima, hidup di Amerika utara. Burung ini panjangnya lebih kurang 10 sentimeter. Ia terbang pantas untuk mencari serangga. | UMUM | |
KEA | Kea ialah burung nuri yang hidup di New Zealand. Ia juga dikenali sebagai the mountain nestor. Ia berwarna hijau zaitun malap dengan warna merah di bawah kepaknya. | UMUM | |
TAKAHE | Takahe ialah burung yang tidak boleh terbang yang hanya hidup di New Zealand. Takahe mempunyai bulu berwarna biru tua dan hijau buah zaitun, paruh dan kaki yang tebal, berwarna merah. Ia memakan biji-bijian dan batang tumbuhan yang lembut. Ia membina sarang daripada rumput di atas tanah dan melapiknya dengan daun. Lebih daripada 50 tahun lamanya ahli ornitologi percaya bahawa takahe telah pupus. Tetapi pada tahun 1948, takahe telah ditemui semula di Pulau Selatan di New Zealand. Burung ini jarang-jarang ditemui. Pengelasan saintifik. Takahe tergolong dalam famili Rallidae. Ia adalah Porphyrio mantelli. | UMUM | |
PHOEBE | Phoebe ialah burung kecil, aktif, yang berasal dari Amerika Utara dan Amerika Selatan, yang tergolong dalam famili flycatcher . Phoebe mempunyai belakang berwarna hijau zaitun kekelabuan dan dadanya putih kekuningan. | UMUM | |
YELLOWTHROAT | Yellowthroat ialah burung siul hutan yang hidup di Amerika Utara. Burung ini tinggal di kawasan berumput basah dan rawang, di tempat ia boleh bersembunyi di celah-celah mensiang yang tinggi. Belakangnya berwarna hijau buah zaitun dan lehernya berwarna kuning-jingga terang. | UMUM | |
SAMOTHRACE, | Samothrace, juga dikenali sebagai Samothraki, ialah pulau Yunani yang banyak disebut dalam mitologi Yunani. Pulau ini meliputi kawasan seluas 178 kilometer persegi di Laut Aegean (lihat Greece [peta]). Penduduknya berjumlah 2871 orang. Pelancongan dan keluaran buah zaitun serta buah- Buahan merupakan industrinya yang utama. Runtuhan yang dijumpai di Samothrace bertarikh semenjak tahun 500 S.M. Pada tahun 1863, patung Winged Victory Samothrace yang masyhur dijumpai di pulau ini . | UMUM | |
PRIVET | Privet ialah pokok renek yang popular sebagai pokok pagar. Ia biasanya dipangkas dan dilatih tumbuh rapat-rapat menjadi pagar, tetapi kadang-kala dibiarkan tumbuh tinggi merimbun. Ia kemudiannya tumbuh menjadi pokok rimbun yang besar, kira-kira sebesar saudara dekatnya, lilac . Bunganya yang putih lebih kecil dan kurang menyerlah daripada bunga lilac, tetapi bentuknya serupa. Baunya kurang harum daripada bau lilac. Privet juga berkaitan dengan zaitun, dan buahnya yang licin, berkulit gelap menyerupai buah zaitun kecil yang masak. | UMUM | |
PIMENTO | Pimento ialah nama yang popular bagi pokok malar hijau yang kecil dalam famili mirtel. Rempah yang dikenali sebagai allspice, lada Jamaica , atau pimento berasal daripada pokok ini. Pimento yang berwarna merah, berisi tebal yang digunakan untuk diisi ke dalam buah zaitun hijau bukan berasal daripada pokok pimento. Perasa ini adalah buah daripada tumbuhan yang dikenali sebagai Lada Benggala. | UMUM | |