Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zakaria


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NABI ZAKARIA A.S.

Nabi Zakaria a.s. ialah salah seorang nabi yang

diutus kepada Bani Israel dan berasal dari keturunan

Nabi Sulayman ibn Daud a.s. Baginda diutus

menjadi rasul sebelum Nabi Isa ibn Maryam a.s.

UMUM 
AHMAD NOORDIN HAJI ZAKARIA, TAN SRIAHMAD NOORDIN HAJI ZAKARIA, Tan Sri (1921-     ), Ketua Audit Negara (1976-1986).SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
AHMAD NOORDIN HAJI ZAKARIA, TAN SRI

Ahmad Noordin Haji Zakaria, Tan Sri (1921-  ), Ketua Audit Negara (1976-1986). Beliau dilahirkan pada 18 Februari 1921 di Kampung Seberang, Pasir Mas, Kelantan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ZAKARIA HITAM (1912-      ), budayawan, pengumpul dan penulis sastera rakyat.  Dia lahir pada 20 Jun 1912 di Kampung Benta, Pekan, Pahang.  Dia lebih dikenali  dengan panggilan Pak Zek.  Zakaria mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Langgar, Sekolah Inggeris Pekan dan Sekolah Clifford di Kuala Lipis, Pahang.  Dia lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1937.  Pada tahun 1954, dia lulus peperiksaan undang-undang bagi Pegawai perkhidmatan Melayu (MCS) dan dua tahun kemudian (1956) dia mendapat diploma dalam Public Administation dan diploma dalam bidang Secretarial Practice (Local Government). Dia memulakan kariernya sebagai kerani biasa di Jabatan Kerajaan.  Dia pernah menjadi pegawai RIDA, setiausaha kepada Menteri Besar Pahang dan akhirnya menjadi pegawai kerja di Pejabat Tanah dan Galian negeri Pahang sehinggalah dia bersara pada 31 Disember 1970.SASTERATokoh
NABI YAHYA A.S.

Nabi Yahya a.s. ialah salah seorang nabi utusan

Allah dan juga anak Nabi Zakaria a.s. Baginda

daripada keturunan Nabi Allah Sulayman a.s., anak

Nabi Allah Daud a.s. Keturunan ini berasal daripada

puak Yahuza ibn Ya‘kub iaitu salah satu puak

daripada kalangan Bani Israel. Nabi Yahya a.s. lahir

tiga bulan lebih awal sebelum kelahiran Nabi Isa a.s.

Nabi Yahya a.s. turut menemani Nabi Isa a.s. dalam

mengembangkan dakwah.

UMUM 
PENTAS OPERA

PENTAS OPERA, drama 13 babak karya Zakaria Ariffin.  Drama ini memenangi hadiah kedua dalam Pertandingan Hadiah Drama ESSO-GAPENA II pada tahun 1988/89, dan dipentaskan buat pertama kalinya di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1989 oleh anggota Badan Budaya DBP.  Zakaria bertindak sebagai pengarah.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
P. RAMLEE, TAN SRI

P. RAMLEE, Tan Sri (1929 – 1973), penyanyi, pelakon dan pengarah filem. Dia lahir pada 20 Mac 1929 di Kampung Jawa, Pulau Pinang. Nama sebenar P. Ramlee atau Ramli bin Puteh ialah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh. Ayahnya, Teuku Nyak Puteh, daripada golongan bangsawan dan berasal dari Lohkseumawe, Aceh, Sumatera.

BUDAYATokoh
P. RAMLEE

P. Ramlee (1929–1973), penyanyi, penggubah lagu,

pemuzik, pelakon, penulis skrip dan pengarah filem

teragung di Malaysia. Dia lahir pada 22 Mac 1929 di

Pulau Pinang dan meninggal dunia pada 29 Mei 1973

di Kuala Lumpur. Nama sebenar P. Ramlee ialah

Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh. Ayahnya, Teuku

Nyak Puteh Nyak Karim, berasal dari Lhoksemauwe,

Aceh. Ibunya Che Mah Husin berasal dari Kubang

Buaya, Seberang Prai, Pulau Pinang.

UMUM 
USNO

USNO, parti politik.  USNO ialah singkatan United Sabah National Organisation.  Parti ini ditubuhkan pada 23 Disember 1961 hasil gabungan beberapa persatuan di Sabah.  Antara persatuan yang bergabung membentuk USNO ialah Persatuan Islam Sabah (PIS), Persatuan Islam Putatan (PIP) dan Pergaulan Anak Negeri Sandakan.  Kemunculan USNO adalah hasil daya usaha Datu Mustapha Datu Harun dan pemimpin-pemimpin Islam Sabah.  Antara pengasasnya ialah Dato’ Haji Zakaria Gun, Dato’ Ahmad Mahmud, Haji Yusuf Shamsuddin, Parman bin Hassan Raji, Dato’ Haji Ariffin, Datuk Abd. Malik Jangkat, Dato’ Othman Haji Sidik dan Datu K.M. Edinin.  Semenjak penubuhannya USNO diterajui oleh Datu Mustapha.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas