Persenyawaan ialah proses penyatuan sel seks jantan dan betina untuk membentuk individu baru. Ia adalah langkah pertama dalam pembiakan seks. Sistem pembiakan jantan mengeluarkan sel seks yang disebut spermatozoa , atau sperma . Sistem pembiakan betina mengeluarkan sel seks yang disebut telur . Telur yang tersenyawa, yang terhasil daripada penyatuan sperma dan telur, dikenali sebagai zigot . Apabila zigot membesar lagi, ia menjadi embrio . Rencana ini membincangkan persenyawaan di kalangan haiwan. Untuk maklumat tentang persenyawaan di kalangan tumbuhan, lihat Tumbuhan (Bagaimana tumbuhan membiak). |