Orkestra ialah kumpulan pemuzik yang bermain pelbagai alat muzik bersama-sama. Sesetengah orkestra Afrika dan Asia mengandungi alatan genderang, seperti dram, gong, dan zilofon. Tetapi di kebanyakan negara Barat, kumpulan muzik dianggap sebagai orkestra hanya jika ia memasukkan biola atau alatan bertali yang lain. Orkestra berbeza daripada kumpulan muzik yang mengandungi sebahagian besarnya oleh alat tiupan dan alat genderang. |