Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[zu.lo.gi] | زولوݢي

Definisi : kajian tentang haiwan, termasuk pengelasan, kehidupan, tabiat, dan strukturnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[zu.lo.gi] | زولوݢي

Definisi : /zulogi/ kajian ttg haiwan, termasuklah pengelasan, tabiat, kehidup-an dan strukturnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zoologi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ZOOLOGI

Zoologi ialah kajian tentang haiwan. Ahli zoologi

cuba menjawab banyak pertanyaan tentang

haiwan. Misalnya, mereka membuat penyelidikan

untuk menentukan bagaimana haiwan melakukan

kegiatan dalam kehidupannya. Ahli zoologi juga

mengkaji bagaimana spesies yang berlainan

berkaitan dengan satu sama lain dan bagaimana

spesies berevolusi (berubah dalam tempoh yang

lama).

UMUM 
ETOLOGI

Etologi ialah cabang zoologi yang berkaitan

dengan naluri haiwan.

UMUM 
ENTOMOLOGI

Entomologi ialah cabang utama bidang zoologi

yang berkaitan dengan pengkajian tentang

serangga.

UMUM 
TINBERGEN, NIKOLAAS

Tinbergen, Nikolaas (1907–1988) ialah ahli

zoologi kelahiran Belanda yang telah mengkaji

bagaimana tabiat haiwan disesuaikan mengikut

keadaan persekitaran mereka. Dia juga mengkaji

evolusi tabiat ini untuk jangka masa berjuta-juta

tahun dengan membandingkan tindak-tanduk

beberapa spesies haiwan yang berlainan.

UMUM 
SWAMMERDAM, JAN

Swammerdam, Jan (1637–1680) ialah pakar

anatomi dan zoologi Belanda. Dia merupakan

perintis bidang ilmu anatomi binatang kecil,

terutama anatomi serangga. Pemerhatiannya yang

teliti tentang cara kehidupan lebah dan maifli

merupakan hasil kerja yang klasik. Malahan

usahanya mengklasifikasikan serangga menjadi

asas pengkajian ilmu entomologi iaitu ilmu kajian

serangga. Selain itu, dia adalah antara orang yang

mula-mula membuat pemerhatian tentang fisiologi

saraf dan otot.

UMUM 
RAY, JOHN

Ray, John (1627–1705), ahli alamiah Inggeris,

yang dianggap sebagai pengasas zoologi

sistematik.

UMUM 
PAKIDERMA

Pakiderma adalah satu daripada pakidermata,

iaitu klasifikasi zoologi yang tidak digunakan lagi.

UMUM 
NANSEN, FRIDTJOF

Nansen, Fridtjof (1861–1930) ialah penjelajah

kutub Norway yang mashyur. Dia juga seorang ahli

kemanusiaan, negarawan, zoologi marin dan

perintis ilmu alam lautan.

UMUM 
MERPATI PERANTAU

Merpati perantau ialah burung yang telah

pupus yang dahulunya banyak terdapat di timur

Amerika Utara. Merpati perantau yang terakhir

diketahui mati pada tahun 1914 di Taman Zoologi

Cincinnati, Ohio, Amerika Syarikat. Bangkainya kini

dipamerkan di National Museum of Natural History

(Muzium Sejarah Alam Semula Jadi Kebangsaan) di

Washington, D.C.

UMUM 
AGASSIZ, LOUIS

Agassiz, Louis (1807–1873) ialah pengkaji alam

 kelahiran Switzerland yang mengkaji berjenis-jenis

haiwan di Eropah dan Amerika. Dia menjadi terkenal

kerana karyanya tentang bentuk ikan moden dan bentuk

fosil. Dia percaya bahawa spesies haiwan tidak

berubah, dan mengkritik teori evolusi Darwin.

Jean Louis Rodolphe Agassiz lahir di Motieren-

Vuly, Switzerland. Louis, Agassiz belajar di

Zurich, Heidelberg, dan Munich. Agassiz pindah

ke Amerika Syarikat pada tahun 1846 dan

menjadi profesor zoologi dan geologi di Harvard

University pada tahun 1848 (lihat Geologi).

UMUM 
12

Kembali ke atas