Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[zu.hud] | زهد

Definisi : Ar (bkn seseorang) soleh hidupnya dan tidak dikuasai oleh kemewahan dan keseronokan dunia; berzuhud mengamalkan sifat zuhud: perbanyaklah mengingati mati kerana itu akan mengurangkan seseorang drpd melakukan dosa dan menjadikannya ~ dlm urusan dunia; menzuhudkan menjadikan seseorang zuhud: mereka hanya mahu ~ diri kpd Allah; kezuhudan sifat zuhud: cinta kpd IIahi terbit drpd ~ jiwanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zuhud


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DARWISY, AL-

Darwisy, al- ialah perkataan yang berasal

daripada bahasa Parsi yang bermaksud peminta

sedekah atau pengemis. Bagi orang sufi, perkataan

ini bermaksud orang yang zuhud. Orang yang

bergelar al-Darwisy ini hidup susah dari segi

makan, minum atau pakaiannya.

UMUM 
NASAFIY, ABU AL-BARAKAT –AL

Nasafiy, Abu al-Barakat -al (meninggal dunia

pada 710 H/1310 M), ahli fiqh Mazhab Hanafi, dan

ahli tafsir. Nama sebenarnya ialah ‘Abdullah ibn

Ahmad ibn Mahmud Hafiz al-Din Abu al-Barakat.

Namanya dinisbahkan kepada nama tempat asalnya

iaitu daerah Nasaf di Sind. Buku-buku bibliografi

tokoh tidak menyebut tarikh kelahirannya. Al-

Nasafiy belajar dari beberapa orang ulama pada

zamannya, antaranya ialah Shams al-Din al-Kurdy

dan Ahmad al-‘Itabiy. Al-Nasafiy ialah salah seorang

ulama mutakhir yang zuhud dan beramal dengan

ilmunya. Dia mempunyai banyak karya dalam

bidang ilmu Fiqh, Usuluddin dan juga Tafsir.

Antara karyanya yang terkenal ialah kitab tafsirnya

Madarik al-Tanzil wa Haqa’iq al-Ta’wil iaitu sebuah

kitab tafsir yang sederhana bentuknya yang

diringkaskan daripada kitab tafsir al-Kashaf dan

tafsir al-Baydawiy. Al-Nasafiy meninggal dunia di

negeri Izaj berdekatan Asbahan.

UMUM 
ABU AL-ALIYAH RUFAY

Abu al-Aliyah Rufay (? –93 H./? –711 M.), imam

yang hebat bacaan al-Qur'annya (qari), hafiz dan

ahli tafsir yang ternama. Nama penuhnya ialah

Abu al-Aliyah Rufay ibn Mahran al-Riyahiy al-

Basriy. Sewaktu zaman Nabi Muhammad SAW,

usianya masih muda dan dia memeluk Islam pada

zaman Abu Bakar al-Siddiq dan mula tekun

mempelajari Islam. Dia sering mendengar

pengajaran daripada Umar, Ali, Ibn Mas’ud,

Aisyah dan para sahabat besar yang lain. Dia hafaz

al-Qur'an dan membacanya di hadapan Ubay ibn

Ka’b. Dia amat bersemangat menyebarkan ilmunya

lantaran suaranya yang lunak. Ramai yang telah

belajar qira’at dengannya.  Antara mereka ialah

Su’ayb ibn al-Habhab, dan Abu ‘Amru ibn al-’Aka’.

Dia mempunyai ilmu pengetahuan

yang luas dan mengamalkan sunnah. Dia terkenal

dengan sifatnya yang zuhud, warak dan

mengelakkan diri daripada fitnah.

UMUM 
ABU HAMID AL-GHAZZALIY

Abu Hamid al-Ghazzaliy ialah pemidato Islam.

Nama sebenarnya ialah Muhammad ibn

Muhammad ibn Muhammad, Abu Hamid al-

Ghazzaliy. Dia lahir di Tus. Bapanya meninggal

dunia ketika dia masih kanak-kanak. Dia dipelihara

beberapa lama oleh seorang sufi yang telah

diwasiatkan oleh bapanya. Selepas itu, dia

diletakkan di institusi kebajikan untuk tinggal dan

belajar di situ. Kemudian, dia pergi ke Naysabur

untuk mempelajari ilmu tasawuf dengan Imam al-

Faramidi. Di samping itu, dia  belajar ilmu fikah

dan ilmu kalam dengan Imam al-Haramayn.

Kemudian dia menyertai Majlis Diraja di bawah

pemerintahan menteri Saljuk tahun 478 H. (1085

M.), dan kekal di situ selama enam tahun. Kemudian

dia dipilih oleh menteri menjadi ustaz di Baghdad.

Dia mengajar di situ selama empat tahun (484 H.–488

H.). Ketika tempoh tersebut dia mengalami keraguan

tentang ilmu falsafah dan telah mengarang dua

buah buku yang berjudul: Maqasid al-Falasifah ,

yang mengemukakan falsafah al-Farabiy dan Ibn

Sina. Buku kedua berjudul Tahafut al-Falasifah , yang

mengkritik tentang falsafah al-Farabiy dan Ibn Sina.

Dia telah meninggalkan Baghdad, dan menjalani

kehidupan zuhud selama 10 tahun. Kemudian, dia

mengajar semula di Naysabur. Selepas tahun 500 H./

1106 M., dia berhenti mengajar sehinggalah hari

kematiannya.

UMUM 

Kembali ke atas