Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zulkarnain


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HIKAYAT ISKANDAR ZULKARNAIN SASTERAKarya
ISKANDAR ZULKARNAINISKANDAR ZULKARNAIN (sebelum Masihi), tokoh ini ada disebut di dalam al-Quran (Surah XVIII): 83-93). Cerita Iskandar Zulkarnain mulanya ditulis dalam bahasa Yunani pada sekitar abad pertama S.M. dan menjadi begitu popular sehingga terdapat banyak versi dalam pelbagai bahasa.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN ISKANDAR ZULKARNAINSULTAN ISKANDAR ZULKARNAIN (   ?  -1765), Sultan Perak yang ke-15 (1752-1765). Baginda adalah putera Raja Muda, Raja Muhammad. Pada tahun 1745, semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah III (1728-1752), Raja Muhammad dan Raja Iskandar bersekutu dengan pihak Bugis dari Selangor dan menguasai hilir Perak. Sungguhpun Raja Muhammad menjadi sultan, kuasa sebenar terletak di tangan Raja Iskandar.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN MAHMUD SYAH

Sultan Mahmud Syah (1680–1699), Sultan Johor

terakhir daripada jurai keturunan Iskandar

Zulkarnain-Sriwijaya Bukit Siguntang-Melaka. Sultan

Mahmud Syah terkenal dengan gelaran Sultan

Mahmud Mangkat Dijulang sesudah kemangkatannya.

UMUM 
SULTAN MAHMUD SYAHSULTAN MAHMUD SYAH ( ? – 1773), Sultan Perak yang ke-16 (1765-1773). Nama sebenar baginda ialah Raja Kimas.  Baginda adalah putera Sultan Mahmud dan adinda Sultan Iskandar Zulkarnain.  Baginda dilantik sebagai Raja Muda antara tahun 1752 hingga tahun 1765.  Raja Kimas ditabal sebagai Sultan Perak pada 20 Julai 1765 setelah kemangkatan Sultan Iskandar dengan memakai gelaran Sultan Mahmud Syah.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PARAMESWARA

Parameswara ( ? –1414), pengasas Kesultanan

Melaka, Raja Melaka yang pertama (1399–1414).

Parameswara berasal dari Palembang, Sumatera,

Indonesia. Mengikut Sulalatus Salatin, namanya

dicatatkan sebagai Raja Iskandar Syah, kerana ingin

menampakkan pertalian zuriatnya dengan Iskandar

Zulkarnain. Menurut sumber dari China dan Portugis,

masing-masing mencatatkan namanya sebagai ‘Pai-limi-

sula’ dan ‘Parameswara’.

UMUM 
SANG SAPURBA

SANG SAPURBA, (            ) , Raja Minangkabau yang keturunannya di Pagarruyung, Sumatera, Indonesia.  Menurut Sejarah Melayu, di Palembang, iaitu di hulu muara Tatang ada sebuah sungai bernama Sungai Melayu dan di daerah itu terdapat sebuah bukit bernama Bukit Siguntang Mahameru.  Ketika itu Wan Empuk dan Wan Malini sedang berladang.  Keesokan harinya, mereka melihat padi mereka sudah masak dan berbuahkan emas serta berdaunkan perak.  Di atas bukit itu, mereka menemui tiga orang pemuda yang tampan parasnya.  Mereka menyatakan bahawa mereka adalah keturunan Raja Iskandar Zulkarnain bernisabkan Raja Nusirwan dan pancaran Raja Bictram Syah.  Pemuda itu bernama Nila Pahlawan dan karna Pandita, dan bersama-sama mereka ialah sebilah pedang bernama Simandang Kini dan lembing bernama Lembuara.  Lembu kenaikan mereka memuntahkan buih, tempat keluar seorang lelaki bernama Bat.  Bat berdiri memuji dengan kata-kata yang mulia dan digelarnyalah baginda Sang Sapurba Tramberi Tribuana.  Bat mengahwinkan Nilai Pahlawan dengan Wan Empuk dan Karna Pandita berkahwin dengan Wan Malini.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas